Tahukah anda bermula 11 Mei 2022 perlu membuat pembaharuan pasport secara online sahaja dan tidak boleh walk-in lagi seperti sebelum ini? Pasti ramai mahu mengetahui cara renew pasport secara dalam talian dengan lebih terperinci.

Menerusi perkongsian satu thread di Twitter @anisssurayaaa, beliau telah menerangkan serba ringkas cara renew pasport secara dalam talian yang betul. Anda diperlukan membuat pembaharuan secara online ekoran perubahan waktu operasi di sejumlah pejabat pasport serata Malaysia. Ikuti tutorial di bawah untuk renew pasport secara dalam talian.

1. Kunjungi portal Jabatan Imegresen Malaysia dengan klik di sini.

2. Klik ‘SETUJU’ selepas selesai membaca terma dan syarat yang dinyatakan.

Sumber Gambar: Jabatan Imigresen Malaysia

3. Kemudian, isi semua ruangan maklumat yang disediakan. Untuk memudahkan lagi proses mengisi tersebut, anda disarankan untuk merujuk pasport lama.

cara renew passport online
Sumber Gambar: Jabatan Imigresen Malaysia

4. Selepas selesai mengisi bahagian tersebut, anda akan dipaparkan senarai pejabat yang mahu dipilih bagi urusan pengambilan pasport baharu. Sistem akan tentukan waktu pengambilan berdasarkan hari dan masa anda membuat pembaharuan. Jika anda membuatnya sebelum 3 petang hari berkerja, boleh dapatkan pada hari yang sama.

5. Memuat naik gambar mengikut kriteria yang ditetapkan seperti berikut:-

  • Latar belakang wajib berwarna putih.
  • Pakaian yang berwarna gelap.
  • Untuk perempuan bertudung, anda diwajibkan memakai tudung berwarna gelap.
  • Gambar yang dimuat naik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan sama sekali.
Sumber Gambar: Twitter

6. Lanjutan daripada itu, anda boleh meneruskan dengan membuat pembayaran menerusi kad kredit atau pun kad debit (FPX). Permohonan biasa yang merangkumi pemohon berusia 13 tahun sehinggalah 59 tahun akan dicaj sebanyak RM200. Sementara warga emas pula yang berusia 60 tahun ke atas bakal dikenakan caj sekitar RM100 sahaja.

Selepas selesai kesemuanya, anda disarankan untuk menyimpan resit pembayaran bagi urusan pengambilan pasport baharu. Anda selaku pemilik pasport perlu hadir bersama IC, passport lama dan juga resit pembayaran dan tidak boleh diwakilkan.

Untuk pemohon bawah 18 tahun, anda boleh mengambil pasport bersama penjaga dan perlu membawa sijil lahir. Kini pembaharuan pasport sudah semudah secara dalam talian sahaja tanpa perlu beratur lagi. Anda boleh kongsikan artikel agar lebih ramai mengetahui akan perubahan ini dan juga boleh memohon secara dalam talian dengan betul.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui cara mengelak daripada dimasukkan ke dalam group Telegram oleh individu yang tidak dikenali.

Ketahui Cara Elak Daripada Dimasukkan Ke Group Telegram Oleh Individu Yang Tidak Dikenali

Cara Mudah Matikan Google Assistant Daripada Berbunyi Secara Tiba-Tiba Dalam Poket Anda

Sumber