Sekiranya anda menggunakan sambungan internet secara WiFi, kami yakin anda pernah mengalami situasi di mana prestasi WiFi anda terasa perlahan pada waktu-waktu tertentu membuatkan aktiviti harian anda terbantut. Salah satu faktor berlakunya situasi berkenaan adalah berpunca daripada pencerobohan dan anda perlu tahu cara kesan pencuri WiFi tersebut.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @hafizi.zain, beliau telah berkongsi cara untuk kesan pencuri WiFi di rumah yang menyebabkan internet menjadi perlahan. Kebiasaanya pengguna mungkin terlepas pandang berkenaan perkara ini kerana kurang pendedahan.

cara kesan pencuri wifi
Sumber Gambar: Aplikasi Fing
  1.  Pertamanya, muat turun aplikasi Fing yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.
  2. Klik terima terma dan syarat serta membenarkan akses fungsi lokasi pada aplikasi ini.
  3. Setelah siap semua tetapan, bahagian utama akan dipaparkan dua pilihan menu iaitu sambungan WiFi yang digunakan dan nama penyedia internet.
  4. Pada bahagian menu sambungan WiFi ini, klik pada Scan for devices. Menerusi pilihan tersebut, anda akan melihat senarai penuh peranti yang sedang menggunakan sambungan WiFi berkenaan.
cara kesan pencuri wifi
Sumber Gambar: Aplikasi Fing

5. Anda perlu meneliti setiap peranti dalam senarai untuk memastikan hanya pengguna yang dikenali sahaja dibenarkan.

6. Sekiranya terdapat peranti yang meragukan, klik pada nama peranti suspek tersebut.

7. Kemudian, pergi pada bahagian bawah dan klik pada Remove device untuk buang suspek daripada terus mengakses rangkaian WiFi ini.

Sebaiknya selepas sudah menyingkirkan semua peranti yang tidak berkenaan, anda perlu menukar kata laluan yang baru supaya tidak boleh diakses oleh suspek pada masa kelak. Terdapat cara yang lebih berkesan bagi mereka yang masih menghadapi ini dengan menyenarai hitam mac address menerusi laman portal router yang dipakai.

cara kesan pencuri wifi
Sumber Gambar: Aplikasi Fing

Menariknya, aplikasi ini boleh membuat pantauan pada setiap masa di rangkaian WiFi tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga menyokong integrasi ke komputer yang memudahkan maklumat rangkaian WiFi termasuk prestasi internet, ancaman pencerobohan dan senarai pengguna diakses melalui telefon pintar dan komputer pengguna sekaligus.

@hafizi.zain

Jom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 #tiktokguru #viral #tipswifi #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryou

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Semoga dengan tutorial ini anda dapat mengelakkan daripada individu tidak dikenali menggunakan WiFi anda. Kini anda boleh menikmati prestasi internet pada tahap yang maksimum bersama keluarga dalam menjalani aktiviti seharian.

Selain itu, anda juga perlu tahu cara untuk menyemak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali bagi keselamatan peribadi.

Ini Caranya Untuk Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

5 Cara Mudah Kesan Telefon Pintar Android Yang Hilang

Sumber