Sebahagian daripada anda mungkin mahu memperbaharui kad debit CIMB yang bakal atau sudah tamat tempoh. Ekoran kekangan tertentu untuk ke cawangan, anda boleh mempelajari cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian sahaja.

Pihak CIMB telah pun menyediakan laman khas untuk memudahkan pengguna memdapatkan kad debit baharu tanpa perlu ke cawangan. Majoriti kad debit boleh berbuat sedemikian. Mari pelajari cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian.

Cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian

1. Layari laman web khas CIMB untuk memohon pembaharuan kad debit tersebut dengan klik di sini.

2. Anda isikan maklumat yang diperlukan termasuklah enam angka nombor terakhir IC dan empat angka terakhir kad debit pada ruangan yang disediakan. Setelah selesai teruskan dengan klik pada PROCEED.

cara menukar kad debit
Sumber Gambar: CIMB

3.  Selepas itu, dapatkan nombor OTP yang dihantar menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan dan isikan nombor OTP untuk pengesahan. Klik Confirm untuk pergi ke proses seterusnya.

4. Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada penghantaran atau kunjungan ke cawangan CIMB. Anda disarankan untuk mengambil pilihan pertama untuk penghantaran kad terus ke rumah tanpa perlu pergi ke cawangan lagi. Klik Proceed selepas sudah menandakan pilihan pertama.

Sumber Gambar: CIMB

5. Sahkan alamat untuk penghantaran kad debit, kemudian tekan pada Proceed dan Yes untuk pengesahan terakhir.

Sumber Gambar: CIMB

Selepas selesai menghantar permohonan, kad debit baharu akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja pada alamat yang telah diisi. Perlu diingatkan, pembaharuan kad debit CIMB menerusi dalam talian hanya boleh dilakukan bagi kad kredit yang telah tamat tempoh atau bakal tamat dalam masa tiga bulan.

CIMB juga tidak mengenakan sebarang cas untuk pembaharuan kad debit mereka. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pembaharuan kad debit CIMB yang mungkin sudah mahu tamat tempoh. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna untuk membuat pembaharuan pada masa kelak.

Sumber