Kad debit sememangnya dapat memudahkan anda untuk membuat sebarang transaksi dalam aktiviti seharian. Dalam pada itu, tahukah anda setiap kad debit mempunyai tarikh luput yang menyebabkan ia tidak lagi boleh digunakan selepas itu? Oleh itu, anda perlu mengetahui cara tukar kad debit secara dalam talian bagi memudahkan anda tanpa perlu hadir ke bank.

Beberapa institusi perbankan tempatan seperti Maybank telah mulai menawarkan pilihan penggantian kad debit dengan mudah menerusi laman sesawang sahaja. Menariknya, kad baharu anda akan dihantar terus ke rumah. Berikut merupakan cara-cara untuk tukar kad debit yang baru secara dalam talian.

1. Pertama sekali, anda perlu log masuk ke akaun Maybank2U dengan memasukkan username dan password yang digunakan.

cara tukar debit
Sumber Gambar: Maybank2u

2. Selepas selasai log masuk, klik pada bahagian Settings yang tersedia pada bahagian atas kanan.

cara tukar kad debit
Sumber Gambar: Maybank2u

3. Seterusmya, tekan pada bahagian Cards.

cara tukar kad debit
Sumber Gambar: Maybank2u

4. Anda akan lihat paparan Manage Debit Cards. Pilih Debit Card – Replace, Active dan Block. Apabila pilihan telah dibuat klik pada bahagian tiga titik seperti dipaparkan di bawah. Seterusnya, tekan pada bahagian Replace.

Sumber Gambar: Maybank2u

5. Selepas selesai perkara yang diperlukan, terdapat paparan seperti di bawah di mana anda perlu memasukkan alamat dengan lengkap, poskod dan negeri bagi penghantaran kad tersebut. Kemudian, tandakan setuju kepada terma dan syarat yang ditetapkan pad bahagian bawah.

Sumber Gambar: Maybank2u

6. Akhir sekali, anda hanya perlu klik pada Replace Card dan paparan seperti di bawah akan muncul. Buat permohonan TAC lalu masukkan TAC yang diterima melalui mesej.

Selepas siap semua langkah di atas, kad debit baru anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja berdasarkan tempoh kepada tarikh permohonan kad tersebut. Setiap petukaran akan dikenakan caj sebanyak RM12.00 yang akan ditolak secara automatik melalui akaun bank simpanan atau semasa anda.

Apabila kad debit baru sudah sampai kelak, pastikan anda aktifkan kad debit tersebut dalam tempoh 90 hari. Anda masih boleh menggunakan PIN yang dipakai sebelum ini untuk membuat tetapan PIN yang baru.

Akan tetapi, anda juga boleh menukar PIN sedia ada menerusi mana-mana ATM Maybank. Terdapat dua cara mengaktifkan kad tersebut sama ada secara dalam talian atau mesin ATM.

Pengaktifan secara dalam talian

  1. Log masuk ke Maybank2u.
  2. Pilih Setting.
  3. Tekan Cards.
  4. Klik Manage Debit Cards.
  5. Pilih Activate.

Pengaktifan menerusi mesin ATM

  1. Pergi ke mesin ATM terdekat, lalu masukkan kad debit yang baru diterima.
  2. Pilih bahasa.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih transaksi lain.
  5. Pilih perkhidmatan lain.
  6. Tekan skrin berikutnya.
  7. Pilih pengaktifan kad.

Dengan pilihan penggantian secara dalam talian ini sememangnya dapat memudahkan pengguna dalam mendapat kad debit baru lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini.

Anda turut diingatkan untuk meneliti terlebih dahulu laman web Maybank yang dikunjungi adalah asli kerana dikhuatiri terdapat laman phishing yang boleh mengelirukan anda pula.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui cara mengubah ID MySejahtera untuk mereka yang menukar nombor telefon baharu.

Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Kesan Pencuri WiFi Di Rumah Menggunakan Aplikasi

Sumber