Aplikasi MySejahtera telah memudahkan rakyat Malaysia untuk bergerak ke merata tempat dengan fungsi pengimbasan yang tersedia serta membuat temu janji program vaksinisasi. Namun, terdapat masalah yang timbul apabila pengguna sudah tukar nombor telefon yang baharu tidak boleh mengakses aplikasi MySejahtera dengan ID MySJ yang terdahulu.

Memetik daripada ciapan @AyongQiela, beliau telah berkongsi mengenai cara-cara untuk mengubah ID MySejahtera dengan betul. Berikut cara-cara untuk mengubah MySejahtera ID dengan mudah.

  1. Pertama sekali, anda perlu klik pada bahagian Profil di aplikasi MySejahtera.

vocket-tech-tutorial-baru-1

2. Seterusnya, pilih klik pada butang menu pada sudut bahagian atas kanan.

vocket-tech-tutorial-mysj-baru-2

3. Kemudian, tekan pada bahagian Change MySJ ID.

vocket-tech-tutorial-mysj-baru-3

4. Terdapat dua pilihan sama ada ingin tukar nombor telefon baru atau emel yang berlainan. Anda boleh masukkan ID MySJ yang baru dan masukkan lagi sekali pada bahagian bawah pula untuk mengesahkan informasi yang diisi

vocket-tech-tutorial-mysj-3-baru-side

5. Klik Confirm yang berada di bahagian bawah.

6. Anda bakal menerima OTP untuk pengesahan.

7. Setelah itu, anda perlu memasukkan nombor OTP untuk pengesahan, lalu berjaya mendapatkan ID MySJ yang baru.

Semoga dengan tutorial ini dapat memudahkan pengguna dalam mengubah ID MySejahtera bagi mendaftarkan diri mendapat suntikan vaksin khususnya buat mereka yang menggunakan nombor telefon berbeza.

Sekiranya anda berminat dengan tutorial di atas, anda boleh meneruskan bacaan seleksi artikel yang telah dipilih oleh kami.

Cara-Cara Guna 2 Monitor Pada Sebuah Komputer Bagi Tujuan PdPR

Cara Mudah Untuk Akses WhatsApp Di 4 Peranti Serentak

Sumber