Sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021 ini. Bagi anda yang mempunyai anak yang ramai pasti terkesan dalam menyediakan fasiliti komputer lebih daripada 2 orang.

Antara senario yang sering terjadi apabila anak-anak terpaksa bergilir-gilir menggunakan komputer selain daripada ibu bapa terpaksa berbelanja besar. Penggunaan telefon pintar mungkin altenatif yang boleh digunakan namun masih belum mencukupi kerana sebahagian tugasan atau perisian memerlukan peranti yang lebih berkuasa.

Cara guna 2 monitor
Sumber Gambar: Kosmo

Sekiranya anda sudah mempunyai sebuah komputer di rumah dan ingin berkongsi dengan lebih daripada 2 orang pengguna sekaligus, terdapat sebuah cara yang menjimatkan dengan menggunakan sebuah software di mana ibu bapa tidak lagi perlu membeli set komputer yang lain.

Spesifikasi perkakasan yang diperlukan

Cara guna 2 monitor
Sumber Gambar: Konfiden

Bagi kelancaran sewaktu penggunaan, anda disarankan mendapatkan set komputer yang berspesifikasi sederhana yang sudah memadai untuk kegunaan PdPR. Anda berpeluang menghubungkan lebih banyak pengguna namun spesifikasi yang lebih berkuasa antara yang diperlukan bagi menampung operasi yang berat dijalankan secara serentak.

Selain itu, anda perlu menambah storan memori RAM terlebih dahulu sekurang-kurangnya dengan 8GB RAM. Komputer ini juga sebaiknya menggunakan pemacu storan jenis Solid State Disk SSD supaya boleh beroperasi dengan lancar sewaktu digunakan oleh ramai pengguna secara serentak.

Bagi membolehkan setiap komputer lain digunakan secara serentak, anda perlu beli perkakasan tambahan seperti keyboard, mouse, monitor, webcam, USB audio adapter dan speaker. Perkara ini penting supaya komputer yang kedua mempunyai fungsi yang lengkap semasa menjalani sesi pembelajaran.

Pengenalan software Aster

 komputer 2 orang
Sumber Gambar: Reddit

Software Aster merupakan sebuah perisian yang membenarkan sebuah komputer boleh digunakan lebih daripada 12 orang sekaligus pada satu-satu masa. Perisian ini hanya boleh dijalankan pada komputer dengan sistem operasi Windows XP, 7, 8 dan 10 sahaja.

Untuk pengetahuan anda, perisian ini bukanlah percuma tetapi pihak pembangun memberikan percubaan selama 30 hari terlebih dahulu. Sekiranya anda berminat untuk meneruskan penggunaan perisian Aster, anda boleh dapatkan dengan pembayaran sekali seumur hidup pada harga serendah RM151 sahaja.

Berikut merupakan cara untuk menggunakan sebuah komputer yang boleh dipakai oleh 2 orang secara serentak dengan Aster

  1. Muat turun perisian secara percuma di laman rasmi Aster.
  2. Klik setuju untuk pasang dan pilih bahasa English.
  3. Tekan Next dan dan tandakan Create a restore point untuk memudahkan proses backup sekiranya gagal pemasangan buat kali pertama.
  4. Tandakan setuju pada terma dan syarat.
  5. Anda perlu restart komputer sebaik sudah siap dipasang.
  6. Setelah perisian dilancarkan semula, anda perlu klik pada bahagian sahkan tempoh percubaan.
  7. Restart perisian sekali lagi dan boleh dipakai terus selepas itu.
Cara guna 2 monitor
Sumber Gambar: Konfiden

Setelah anda berjaya memasang semua perkakas dan tetapan di perisian dengan betul, kini komputer yang kedua boleh digunakan secara serentak. Berdasarkan gambar di atas, anda boleh melihat sebuah komputer boleh digunakan untuk menghadiri kelas, manakala yang komputer lain pula boleh menonton video yang disediakan oleh guru.

Penggunaan sistem komputer seperti ini sememangnya menjimatkan kos serta memaksimumkan penggunaan komputer dengan lebih efisien. Anak-anak juga sudah boleh menghadiri semua sesi pembelajaran dengan lebih tenang dan fokus selepas ini.

Selain itu, anda boleh mendapatkan tablet murah dan berkualiti untuk memudahkan anak-anak menjalankan PdPR.

5 Tablet Murah Dan Berkualiti Untuk Memudahkan Pelajar Menjalankan PdPR

Sesuai Bagi Tujuan PdPR, Ini Tablet Terbaik Pilihan Kami Di Bawah RM600

Sumber