Pada hari ini pemilikan telefon pintar telah menjadi perkara penting bagi setiap individu dan semestinya pelbagai informasi peribadi telah disimpan di dalam telefon pintar berkenaan. Dalam erti kata lain, setiap telefon pintar mempunyai potensi untuk menjadi sasaran serangan siber. Sebaiknya pengguna perlu mengetahui cara elak telefon digodam.

Menerusi perkongsian akaun Facebook Aman Shah yang kenal dengan kisah ‘jutawan satu sen‘, beliau memaklumkan kepentingan prosedur “ON OFF” pada telefon pintar bagi mengelakkan serangan godaman. Perkara ini timbul selepas terdapat sebahagian pengguna yang berasa gusar dengan keselamatan data peribadi di telefon pintar mereka.

elak telefon digodam
Sumber Gambar: Macworld

Berdasarkan saranan beliau, pengguna dinasihatkan untuk mematikan telefon pintar dalam tempoh 5 minit sehingga 10 minit dan menghidupkan semula selepas itu pada setiap hari. Sekiranya bateri sudah mati, biarkan ia tertutup dalam tempoh 10 minit sebelum disambungkan pada pengecas. Hal ini dilakukan kerana dapat menggurangkan potensi digodam.

Perkara ini telah dikuatkan lagi selepas terdapat laporan daripada laporan terkini AP News berkaitan prosedur “ON OFF” yang dipakai oleh Ahli Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat, Senator Angus King. Beliau telah dinasihatkan oleh pakar sekuriti dan mempercayai prosedur ini boleh menggelakkan cubaan hacker daripada mencuri informasi di peranti berkenaan.

elak telefon digodam
Sumber Gambar: Kim Komando

Pakar sekuriti yang menasihati senator tersebut merupakan Pengarah Teknikal di Cyber Security Direktorat National Security Agency (NSA), Neal Ziring. Menurut daripada laporan yang sama juga, dengan kerap mematikan telefon pintar mampu menyukarkan hacker profesional dalam mengakses dan mencuri informasi daripada sesebuah telefon pintar.

Tambahan pula, Neil Ziring turut mengesahkan penguna yang jarang mematikan telefon pintar sering menjadi sasaran hacker bagi mencuri maklumat sensitif serta menjejak lokasi semasa dan lebih parah lagi menghidupkan fungsi video dan mikrofon secara senyap.

Sebagai langkah berjaga-jaga kita semua boleh mempraktikkan prosedur ini kerana boleh elak telefon digodam. Keselamatan siber merupakan tanggungjawab setiap individu. Maklumat yang telah digodam boleh disalah gunakan dan memberi masalah pada masa kelak kepada mangsanya.

Sebelum ini juga, Dragonforce Malaysia pernah berkongsi cara-cara yang digunakan hacker untuk mengodam akaun media sosial pengguna.

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

‘Hackers’ Jual 267 Juta Data Pengguna Facebook Dengan Harga RM2,000

Sumber