Sejak kebelakangan, kita sering disajikan berita berkaitan syarikat Meta yang kini dilihat menghadapi fasa yang mencabar. Mark Zuckerberg selaku pengasas sedang berusaha memulihkan semula keadaan syarikat miliknya demi kelangsungan hidup syarikat serta  merelisiasikan hasrat dunia Metanya.

Menerusi perkongsian laporan terbaharu, syarikat Meta sedia pertimbangkan penutupan laman Facebook dan Instagram sepenuhnya di Eropah sekiranya mereka enggan membenarkan menyimpan dan memproses data pengguna di negara tersebut. Isu utama Meta adalah pemindahan data pengguna yang digunakan ketika ini.

Sumber Gambar: TechCrunch

Perjanjian sebelum ini telah membenarkan pihak Meta untuk menggunakan data pengguna Eropah lalu dipindahkan ke server di Amerika Syarikat. Kini perkara berkenaan telah berubah setelah perjanjian semasa sedang diteliti secara lebih dekat oleh pihak autoriti di sana untuk menggubal yang baharu.

Hal ini kerana pihak Meta didapati melanggar perjanjian tersebut pada Julai tahun 2020 yang lalu. Sejak itu, kedua-dua negara menjadi tegang serta telah berkerjasama dalam merangka perjanjian baharu atau mengemas kini dengan undang-undang yang lebih ketat lagi.

Sumber Gambar: Brunswick Group

Sementara itu, syarikat Meta telah meminta kepada pihak berkaitan di Eropah untuk menawarkan alternatif penjanjian baharu atau masih membenarkan mereka untuk menggunakan data pengguna seperti perjanjian sebelum ini.

Sekiranya tiada kata putus diberikan berdasarkan pilihan itu, maka Meta tidak akan menawarkan perkhidmatan penting termasuk Facebook dan Instagram di Eropah lagi. Perkongsian data di antara dua negara dan wilayah tersebut adalah penting untuk penyediaan perkhidmatannya dan pengiklanan yang disasarkan.

Malah, difahamkan sekiranya kedua-dua negara ini mempunyai undang-undang sekuriti yang ketat terhadap pemindahan sesuatu data boleh mendorong kepada pelbagai masalah serius. Perkara ini boleh memberi kesan kepada sejumlah bisnes serta sektor ekonomi di serata dunia juga.

Sebelum ini juga, Facebook dijangka bakal mengalami kerugian mencecah RM42 bilion disebabkan polisi privasi Apple.

Facebook Jangka Bakal Alami Kerugian RM42 Bilion Pada Tahun Ini Ekoran Polisi Privasi Apple

Facebook Semakin Kurang Releven, Pengguna Muda Dilaporkan Beralih Kepada TikTok

Sumber