Platform media sosial Facebook sememangnya antara pemain utama yang sudah bertapak sekian lama di dalam internet. Malah, laman Facebook masih menduduki tempat pertama di dalam carta rangkaian sosial media dunia pada tahun lalu. Akan tetapi, terdapat masalah besar yang sedang bergolak di dalam syarikat tersebut untuk terus bertahan lagi.

Terbaharu, Meta buat pertama kalinya melaporkan bahawa platform media sosial Facebook mengalami kehilangan jumlah pengguna yang drastik sepanjang 17 tahun ia telah diperkenalkan. Pada suku keempat tahun 2021 sahaja, Facebook menyaksikan kehilangan sebanyak 500 juta pengguna aktif harian berbanding suku sebelumnya.

Sumber Gambar: Bloomberg

Hasil statistik yang terkumpul turut memperlihatkan syarikat ini sukar untuk kekal relevan khususnya untuk pengguna muda yang mana majoritinya generasi baru lebih gemar kepada platform alaf baru seperti TikTok.

Kita pun sedia maklum pada ketika ini platform Facebook hanya dipelopori oleh golongan yang berumur serta ia sudah cukup berkembang ke seluruh dunia sekaligus membantutkan pertumbuhan pengguna baharu pada tahun mendatang.

Sumber Gambar: VRscout

Sehubungan itu, Meta terpaksa mengubah strategi baharu seperti melabur ke dalam ciri format video pendek seperti Reels iaitu pesaing kepada TikTok. Selain itu, Meta juga sudah pun membuat pelaburan besar dalam arena AR/VR yang dilihat bakal digunakan secara meluas serta selaras dengan misi syarikat ke arah dunia meta.

Keuntungan dan pendapatan syarikat turut menyaksikan penyusutan yang ketara apabila berlakunya inflasi serta polisi Apple yang mengehad penjejakan iklan untuk Meta memaparkan iklan kepada pengguna. Oleh itu, Meta dilihat perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk terus mendominasi dunia media sosial seperti zaman kegemilangannya.

Tular baru-baru ini juga di mana seorang wanita mendakwa diganggu oleh pengguna lain menerusi dunia meta yang ditawarkan oleh Facebook.

Wanita Ini Mendakwa ‘Diganggu’ Menerusi Karakter Dalam Metaverse Keluaran Facebook

BAPE Sertai Dunia Meta Secara Rasmi Dengan Pelancaran Projek NFT (B)APETAVERSE

Sumber