Aplikasi pemesejan popular, WhatsApp telah diperoleh oleh Facebook yang diketuai oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2014 untuk sekitar RM96.2 bilion. Bagaimanapun, bekas ketua pengawai perniagaan aplikasi WhatsApp iaitu Neeraj Arora yang membantu dalam rundingan kini menyatakan kekesalannya akan pemerolehan tersebut.
Menerusi satu siri tweet terbaharu yang dibuat oleh Neeraj Arora, beliau mengatakan bahawa telah memainkan peranan penting dalam rundingan perjanjian $22 bilion (~RM96.2 bilion) antara Facebook dan WhatsApp. Facebook pada mulanya telah menghubungi WhatsApp untuk memperolehi aplikasi tersebut sekitar tahun 2012 sehingga 2013.
In 2014, I was the Chief Business Officer of WhatsApp.
And I helped negotiate the $22 billion sale to Facebook.
Today, I regret it.
Here’s where things went wrong:
— neeraj arora (@neerajarora) May 4, 2022
Bagaimanapun, mereka telah menolak tawaran pemerolehan tersebut dan terus mengembangkan lagi potensi bisnesnya. Namun begitu, Facebook mendekati WhatsApp sekali lagi pada tahun 2014 dengan beberapa tawaran dalam menyokong WhatsApp mereliasasikan visi dan misi mereka serta muncul sebagai rakan kongsi sahaja.
Menurut Arora lagi, pasukan pengasas WhatsApp telah membuat tiga tuntutan utama mengenai masa depan perkhidmatan pemesejannya pada masa pemerolehan seperti tiada perlombongan data pengguna, tiada iklan dan tiada penjejakan merentas platform.
As we began talking through the acquisition, and made our stance very clear:
– No mining user data
– No ads (ever)
– No cross-platform trackingFB and their management agreed and we thought they believed in our mission.
— neeraj arora (@neerajarora) May 4, 2022
Beliau juga menerangkan tentang bagaimana model perniagaan WhatsApp yang mana mengenakan caj tahunan sebanyak $1 (~RM4.37) sahaja untuk penggunaan perkhidmatan pemesejan tanpa had. Dengan ini, para pengguna boleh menikmati aplikasi pemesejan untuk berkomunikasi bersama pengguna di pelbagai dengan mudah tanpa had.
Semuanya berjalan lancar sehinggalah tahun 2018 apabila beliau dan pengasas, Jan Koum telah meninggalkan WhatsApp. Malah, Brian Aston selaku salah seorang pengasas juga sudah pun meninggalkan syarikat tersebut pada tahun sebelumnya kerana mempunyai hubungan yang tegang dengan Mark Zuckerberg.
Ketegangan ini berlaku ekoran pendedahan skandal Cambridge Analytica yang mana berkait dengan eksploitasi data pengguna Facebook secara besar-besaran oleh firma analitik politik. Seperti kita sedia maklum, WhatsApp secara dasarnya sangat menekankan privasi data pengguna pada platformnya untuk tidak disalah guna oleh pihak lain.
Brian juga pernah menyiarkan sebuah tweet yang mengarahkan orang ramai untuk memadam aplikasi Facebook pada tahun tersebut. Malah, hari ini WhatsApp telah menjadi platform kedua terbesar Facebook dan tidak berjaya mencapai hasrat utama untuk menjadi sebuah platform pemesejan yang selamat berserta tiada unsur iklan.
It is time. #deletefacebook
— Brian Acton (@brianacton) March 20, 2018
Dalam masa yang sama, Arora menambah lagi dengan menyatakan bahawa bukan beliau sahaja yang menyesal dengan penjualan aplikasi tersebut sehingga menjadi sebahagian daripada Facebook apabila ia berlaku. Malah, beliau menyarankan agar syarikat teknologi mengakui apabila melakukan kesalahan.
Beliau juga tidak menyangka Facebook telah berubah menjadi ‘raksasa’ dengan mengekspolitasi data pengguna dan menghasilkan wang haram. Dalam masa yang sama, beliau juga sempat mempromosikan sebuah aplikasi pemesejan tersendiri yang lebih selamat serta tiada iklan dikenali sebagai HalloApp.
Sebelum ini juga, pengawal selia Australia telah menyaman Meta ekoran kegiatan penipuan iklan kriptowang yang berleluasa di platform Facebook.
Pengawal Selia Australia Saman Meta Atas Penipuan Iklan Kriptowang Pada Platform Facebook
Mark Zuckerberg Sudah Tidak Tersenarai Dalam 10 Manusia Terkaya Di Dunia