Platform Facebook telah menjadi tumpuan utama untuk pengguna berkomunikasi dan mendapatkan maklumat terkini. Namun, berlaku masalah lambakan konten atau iklan yang tidak ditapis sekaligus boleh mengelirukan sebahagian pengguna yang menerimanya bulat-bulat.

Sehubungan itu, pihak pengawal selia Australia telah menyaman Meta atas iklan penipuan kriptowang. Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) melancarkan tuntutan mahkamah terhadap pemilik Meta kerana mendakwa platform media sosial itu gagal menghalang scammer daripada menggunakannya untuk mempromosikan iklan penipuan.

Sumber Gambar: IFW Global

Malah, iklan tersebut dibintangi oleh artis terkemuka membuatkan ramai tertarik terhadapnya. ACCC sudah mengisytiharkan pada hari Khamis lalu bahawa Meta telah melanggar undang-undang pengguna Australia dengan membenarkan iklan berunsur penipuan kepada para penggunanya.

Pengawal selia menyatakan Meta sebenarnya mengetahui akan kewujudan iklan penipuan Bitcoin yang dibintangi oleh artis terkemuka lalu biar sahaja diterbitkan di Facebook tanpa mengambil sebarang tindakan sewajarnya dalam membendung kegiatan tersebut.

Akibatnya, iklan tersebut berjaya mengelirukan pengguna Facebook termasuklah pautan yang membawa pengguna ke halaman cerita palsu yang menampilkan tokoh terkenal Australia menyokong skim penipuan kriptowang tersebut.

Selebriti yang digambarkan juga sebenarnya tidak menyokong atau mempromosikan skim tersebut namun scammer menyalahgunakan demi menjerat mangsa baharu di platform Facebook. Apabila mangsa klik, mereka akan ke landing page yang dibuat oleh scammer.

Difahamkan iklan yang membawa kepada landing page telah menjana hasil pendapatan yang besar buat pihak Facebook. Maka, ACCC berpendapat Facebook tidak mengendahkan perkara tersebut atas dasar mahu mengaut keuntungan besar dan ekoran itulah mereka mahu memberikan penalti kewangan kepada pemilik platform tersebut.

Berdasarkan pada tahun lalu sahaja, jenayah penipuan kriptowang telah mengakibatkan kerugian mencecah RM58.82 bilion di seluruh dunia.

Jenayah Penipuan Kriptowang Mengakibatkan Kerugian Mencecah RM58.82 Billion Sepanjang Tahun 2021

Menggunakan Iklan Google, ‘Scammer’ Ini Berjaya Mencuri RM2.07 Juta Kriptowang Pengguna