BAPE merupakan sebuah jenama fesyen Jepun yang menyediakan pakaian streetwear khusu buat semua lapisan umur sejak tahun 1993. Memandangkan jenama ini menfokuskan gaya hidup pengguna, kini dilihat mereka juga mahu menerokai dunia NFT pula kerana ia sedang diterokai oleh sejumlah syarikat terkemuka.

Terbaharu, BAPE secara rasminya mengumumkan penyertaan mereka ke dalam ruang NFT bersama projek terbaharu yang dinamakan (B)APETAVERSE. Menerusinya, ia merupakan sebuah komuniti  NFT yang menjanjikan peminat BAPE untuk mengakses kepada kandungan eksklusif dan peluang lain.

Projek NFT ini bakal mengandungi 10,000 karya unik yang mana dilihat menampilkan grafik berasaskan digital 3D yang tampak lebih estetik daripada penawaran majoriti di pasaran yang hanya menggunakan seni piksel biasa sahaja.

Pengumuman baharu BAPE ini adalah sebahagian daripada pergerakan industri  yang lebih besar ke arah ruang dunia meta yang mana sebelum ini sudah disertai syarikat terkemuka pakaian iaitu Nike dan Adidas. Nike sudah pun memerolehi RTFKT dalam menerokai dunia meta dan mungkin juga penawaran kasut maya buat peminatnya kelak.

Sementara Adidas pula, turut hadir bersama koleksi NFT pertama mereka bersama BAYC dan memperkenalkan dunia meta yang dikenali sebagai adiVerse. Malah, para pemilik NFT Nike juga akan menerima sehelai hoodie dan seluar trek edisi terhad secara percuma menjelang tahun 2022 ini.

BAPE juga mungkin merupakan label pakaian jalanan pertama dan terbesar yang melancarkan projek NFT secara bersendirian tanpa kerjasama seperti syarikat lain. Anda boleh mengikuti perkembangan terbaru projek BAPE ini menerusi komuniti Discord yang dicipta oleh mereka.

Selain itu, Samsung kini dilaporkan sudah melabur pada platform avatar 3D untuk terokai dunia meta juga.

Samsung Kini Melabur Pada Platform Avatar 3D Untuk Terokai Dunia Meta

Samsung Muncul Sebagai Jenama TV Pertama Dunia Tawarkan Platform NFT

 

Sumber