Sering kali kita mengetahui buli boleh berlaku baik secara fizikal mahupun menerusi laman media sosial. Dalam pada itu, siapa sangka isu buli nampaknya turut terjadi menerusi dunia meta atau metaverse.

Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Nina Jane Patel, beliau menerusi laman Medium telah berkongsi pengalaman beliau diganggu oleh sekumpulan lelaki sebaik sahaja menyertai metaverse keluaran Facebook iaitu Venues. Untuk pengetahuan, Venues membolehkan pengguna bersukan, menonton konsert seakan dunia sebenar menerusi metaverse.

Kisah beliau bermula apabila beliau baru sahaja mendaftarkan diri pada Venues yang kini masih dalam versi beta di mana beliau memilih untuk menggayakan karakter beliau seakan dirinya sebagai seorang wanita.

Nina Jane Patel memaklumkan beliau mengakui seolah tidak selamat menggunakan Venues meskipun baru sahaja seminit mendaftarkan diri pada platform berkenaan selepas mengalami gangguan seksual dan digganggu oleh sekumpulan karakter lelaki. Lebih parah, beliau turut mengatakan kumpulan lelaki berkenaan turut mengambil gambar bersama beliau tanpa persetujuan.

Sumber: Vr scout

Pengalaman ‘mengerikan’ mencuba platform metaverse daripada Facebook ini sekaligus membuatkan beliau takut lantas menghentikannya dengan membuka headset VR.

Perkongsian beliau turut mendapat perhatian ramai khususnya pengguna metaverse yang menyarankan beliau untuk tidak menggunakan karakter wanita agar tidak mahu diganggu. Bukan itu sahaja, pihak Meta turut memohon maaf kepada beliau atas pengalaman buruk yang dilalui.

Dilaporkan pihak Meta akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut agar masalah ini tidak lagi berulang pada karakter wanita yang lain serta memastikan Venues menjadi platform metaverse yang selamat buat pengguna.

Ketahui juga hukum penjualan NFT yang popular menurut pakar ekonomi syariah di Indonesia ini dengan klik pautan di bawah.

Pakar Ekonomi Syariah Di Indonesia Bahaskan Hukum Penjualan NFT Yang Popular Ketika Ini

Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit

Sumber