Kecanggihan peranti VR telah membolehkan pengguna menyelami dunia realiti maya yang cukup mempersonakan. Pelbagai perkara yang boleh dibuat menerusinya seperti di dunia sebenar. Namun begitu, terdapat kelemahan yang membuatkan ia tidak merasa realistik apabila tidak merasai tekstur objek yang dipegang di dalam alam maya itu.

Sehubungan dengan itu, divisyen Reality Labs Meta telah menghasilkan sarung tangan haptik yang membolehkan objek maya disentuh seperti di dunia sebenar. Hal ini bagi memastikan alam meta yang dicipta boleh diselami dengan lebih realistik pada masa kelak.

Sarung tangan ini mempunyai ratusan beg udara kecil pada bahagian permukaannya yang membolehkan anda merasai tekstur, getaran dan tekanan apabila disentuh. Semua ini boleh terjadi dengan kehadiran pam pantas dan juga cecair yang dimasukkan dan dikeluarkan dari ratusan sel gelembung di permukaan sarung tangan tersebut.

Sumber Gambar: Wired

Terdapat sebanyak 15 aktuator yang diletakkan pada permukaan sarung tangan haptik ini untuk menghasilkan pengalaman sentuhan yang menyamai kepada dunia sebenar. Walaupun prototaip ini masih berada dalam peringkat awal, mereka percaya pada satu hari nanti dengan sepasang sarung tangan bersama VR boleh memberikan pengalaman imersif sewaktu digunakan.

Ditambah pula dengan keyakinan pihak Meta bahawa dunia meta ciptaan mereka sedia menggantikan internet pada masa hadapan dengan pengalaman interaktif bersama pengguna di seluruh dunia seperti di realiti.

Meta juga dijangka bakal membawakan permainan GTA yang diminati ramai ke platform realiti maya untuk pengalaman permainan yang lebih realistik.

Meta Bakal Membawakan Permainan GTA: San Andreas Versi Dunia Realiti Maya

Facebook Dijenamakan Sebagai Meta, Sedia Bawa Hala Tuju Memfokuskan ‘Metaverse’

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship

Sumber