Kini ramai orang sudah bercakap mengenai NFT walau di mana jua sehinggakan perkataan tersebut dinobatkan sebagai ‘Word Of The Year’ pada tahun 2021. Saban hari kita juga sudah mendengar pelbagai berita tentang penjualan aset NFT yang mampu mencecah jutaan ringgit.

Terbaharu, pembangun metaverse iaitu Republic Realm telah berjaya menjual sebuah kapal yacht yang dikenali sebagai The Metaflower Super Mega Yacht yang berharga 149 ETH dengan anggaran sekitar RM2.3 juta. Hal ini sekaligus menjadikan kapal yacht digital ini sebagai aset NFT termahal di platform The Sandbox setakat ini.

Untuk makluman, The Sandbox merupakan salah satu permainan metaverse terkemuka yang menawarkan kerjasama dengan jenama dan personaliti terkemuka seperti adidas, Atari, Bored Ape Yacht, Snoop Dogg dan lain-lain lagi. Republic Realm telah membangunkan satu siri ‘Fantasy Islands’ pada platform tersebut yang merangkumi daripada 100 pulau persendirian maya.

Kapal yacht ini merupakan sebahagian koleksi rangkaian mewah NFT yang dibangunkan oleh Republic Realm di platform The Sandbox yang merangkumi jet ski, bot laju dan pulau persendirian. Kapal yacht empat tingkat ini juga mempunyai dua helipad, beberapa ruang istirehat serta jakuzi.

Anda boleh lihat sendiri kapal yacht maya ini dalam sudut 360° menerusi laman OpenSea. Pihak pembangun juga merancang untuk mengeluarkan pelbagai aset NFT lagi menerusi rangkaian mewahnya, Fantasy Island dari semasa ke semasa. Anda juga boleh memilikinya kelak apabila diumumkan pada platform tersebut.

Pada akhir bulan lalu, sebuah hartanah maya dalam dunia metaverse yang berharga RM10 juta berjaya dijual kepada pihak Metaverse Group.

Hartanah Maya Dalam Dunia Metaverse Ini Berjaya Terjual Dengan Harga RM10 Juta

adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse