Sekiranya anda aktif dalam dunia kripto, pastinya anda cukup tahu teknologi NFT dan metaverse antara yang sering dibincangkan. Teknologi yang dilabel sebagai teknologi masa hadapan ini sekaligus membuka kepada pelbagai potensi besar baik buat pengguna mahupun syarikat.

Terbaharu, Presiden Indonesia, Joko Widodo muncul sebagai antara presiden terawal di Asia Tenggara yang membincangkan soal metaverse. Menurutnya teknologi metaverse bukan sahaja membuka ruang untuk orang ramai bersembang secara virtual. Malah, bakal menyaksikan orang ramai membaca Al-Quran atau menyampaikan dakwah secara virtual menerusi dunia metaverse.

Presiden Indonesia ini turut memaklumkan pernah bermain ping-pong secara virtual bersama CEO Meta, Mark Zuckerberg sekitar lima tahun lalu di mana tiada sebarang bola atau meja ping-pong disediakan sebaliknya semuanya dapat dimainkan secara virtual.

Untuk pengetahuan, metaverse merupakan sebuah dunia digital dan virtual di mana para pengguna berpeluang berhubung, bekerja atau bermain menerusi penggunaan kaca mata AR/VR yang boleh diakses menggunakan telefon pintar mahupun peranti lain.

Melihat kepada perkembangan dunia metaverse, tidak mustahil kriptowang melibatkan metaverse bakal terus melonjak memandangkan jumlah pengguna yang berminat untuk menyertainya terus meningkat.

Gara-gara tersilap titik perpuluhan, NFT ini telah terjual dengan hanya 1% sahaja daripda harga nilai sebenar.

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar

Gara-Gara ‘Perli’ Kim Jong-un, Pemain Forza Ini Dihalang Akses Hampir 8,000 Tahun