Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) masih diteruskan sehingga ke hari ini. Pembelajaran secara talian memerlukan sebuah peranti yang mampu beroperasi dengan lancar sewaktu sesi pembelajaran. Tablet antara pilihan yang sesuai untuk memudahkan anak-anak mengikuti pembelajaran.

Pemilihan tablet yang tepat mampu menjimatkan wang serta penggunaan jangka masa yang panjang. Spesifikasi yang ditawarkan turut memain peranan yang penting bagi menampung kehendak aplikasi atau aktiviti yang diperlukan sewaktu pembelajaran. Berikut merupakan senarai tablet murah untuk pelajar yang berbaloi dan berkualiti bagi menjalankan PdPR.

1. Huawei Smart 10 Pro 4G Lite – RM398

tablet murah untuk pelajar
Sumber Gambar: Productnation

Huawei Smart 10 Pro 4G Lite merupakan sebuah tablet yang menawarkan pelbagai fungsi pada harga yang mampu milik. Tablet ini mempunyai storan dalaman sebesar 128GB dan 6GB RAM yang boleh mengendalikan pelbagai aktiviti seperti melayari internet, memainkan konten video pembelajaran dan mengikuti sesi pembelajaran dengan lancar.

Tambahan pula, skrin yang luas memudahkan anak-anak untuk melihat pengajaran yang dibentangkan oleh guru. Ruangan sim turut disediakan bagi mengakses internet pada setiap masa. Bateri yang disertakan pada model ini adalah 8,800mAh secara tidak langsung mampu bertahan sepanjang penggunaan seharian tanpa perlu mengecas berulang kali.

Rekaan yang nipis sememangnya sangat sesuai untuk para pelajar bawa ke mana sahaja. Terdapat fungsi dual speaker yang menghasilkan bunyi audio yang berkualiti. Model ini turut menyokong PC mode di mana anda boleh memasang papan kekunci melalui lubang USB yang disediakan sekaligus boleh dijadikan ruang kerja mini. Kini anda boleh dapatkan Huawei Smart 10 Pro 4G Lite di Shopee dengan harga serendah RM398.

2. Lenovo Tab M7 – RM 409

Sumber Gambar: Mynexttablet

Antara pilihan tablet murah untuk pelajar yang boleh didapati adalah Lenovo Tab M7. Tablet ini sesuai untuk kegunaan pembelajaran secara asas dalam talian dan tugasan yang ringan. Saiz skrin yang berukuran 7-inci masih mampu memaparkan visual dengan baik.

Binaan tablet yang diperbuat daripada logam ini terasa kukuh apabila dipegang dan saiznya tidak terlalu besar bagi penggunaan anak-anak. Berat bagi model ini adalah sekitar 236 gram sahaja. Hal yang demikian, anak-anak anda tidak akan merasa lenguh sewaktu menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

Skrin tablet turut hadir dengan teknologi pengurangan cahaya biru di skrin bagi mengelakkan mata anda sakit semasa penggunaan seharian. Walaupun bateri yang ditawarkan tidak terlalu besar, model ini masih mampu menawarkan penggunaan yang baik bagi tujuan PdPR. Anda boleh dapatkan Lenovo Tab M7 dengan klik di sini.

3. Teclast P20 HD – RM545

Sumber Gambar: Teclast

Pasti ramai yang tidak biasa mendengar jenama Teclast sebelum ini. Walaubagaimanapun, jenama ini sangat terkenal dengan penawaran tablet pada harga yang berpatutan. Model ini dikenali sebagai Techlast P20 HD yang menawarkan spesifikasi yang sangat baik tanpa menelan kos yang banyak.

Tablet ini didatangkan dengan binaan yang kukuh serta rekaan yang minimalis. Skrin yang berukuran saiz 10-inci pasti memenuhi keperluan anak-anak untuk melihat kandungan pembelajaran dan membuat tugasan dengan jelas.

Tambahan pula, tablet ini telah dinaik taraf dengan AI Speed Up Intelligence bagi memberi kelancaran semasa digunakan. Memori yang disediakan sebesar 64GB turut boleh ditambah melalui ruangan slot mikroSD. Terdapat kamera yang turut disediakan untuk kegunaan panggilan video. Anda boleh mendapatkan Techlast P20 HD di Shopee.

4. Samsung Galaxy Tab A 8.0 – RM578

tablet murah untuk pelajar
Sumber Gambar: Mynexttablet

Samsung sering mengeluarkan pelbagai siri tablet yang boleh didapati dengan harga yang mampu milik. Tablet ini mampu melakukan semua perkara asas dan sesuai untuk kegunaan kanak-kanak. Rekaan yang nipis membolehkan kanak-kanak memegang Samsung Galaxy Tab A tanpa sebarang masalah.

Skrin yang berukuran 8-inci sudah cukup untuk memaparkan konten dengan baik. Model tablet ini dibekalkan dengan bateri sebesar 5,100mAh bagi memastikan pengalaman penggunaan yang panjang.

Tablet ini turut dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 429 serta 2GB RAM dan 32GB storan dalaman. Anda boleh menambah ruang storan dalaman dengan menggunakan mikroSD sehingga 512GB.

5. Samsung Galaxy Tab A7 – RM799

tablet murah terbaik
Sumber Gambar: Mynexttablet

Samsung Galaxy Tab A7 merupakan sebuah tablet yang menawarkan harga mampu milik serta spesifikasi yang berkuasa tinggi. Reka bentuk yang nipis dan padu memberikan keselesaan sewaktu dipegang. Skrin bersaiz 10.4-inci dapat memberikan pengalaman penggunaan yang baik sewaktu melayari konten atau membuat tugasan yang diberikan.

Di samping itu, rekaan bezel yang nipis turut menyumbang kepada paparan yang lebih luas untuk memaparkan kandungan pembelajaran anak-anak dengan jelas. Tablet ini dijana dengan Snapdragon 662 dan 3GB RAM yang boleh mengendalikan semua aplikasi dan aktiviti dengan lancar.

Sokongan bateri sehingga 7,040mAh membolehkan penggunaan pada jangka masa yang panjang. Storan dalaman pula ditawarkan dengan saiz 32GB atau 64GB yang mampu memudahkan anak-anak anda menyimpan tugasan atau memuat turun aplikasi pembelajaran di dalam tablet sahaja. Model ini turut dihadiri dengan Dark Mode bagi menggurangkan ketegangan mata setelah melihat skrin sepanjang hari.

Kamera utama tablet ini dihadiri dengan 8-megapixel dan kamera depan pula diiringi dengan 5-megapixel yang boleh memudahkan anak-anak anda untuk mengambil gambar tugasan atau berinteraksi dengan guru. Sistem pembesar suara pula mempunyai sokongan Dolby Atmos yang boleh menghasilkan audio yang berkualiti. Jika anda berminat dengan Samsung Galaxy Tab A7, anda boleh dapatkannya di Shopee.

Kamera utama disediakan sebesar 8-Megapixel beserta dengan kamera bahagian hadapan yang mempunyai 2-Megapixel sahaja. Kualiti binaan yang ditawarkan sudah cukup baik dengan penawaran harga yang berpatutan. Anda boleh mendapatkan tablet Samsung Galaxy Tab A 8.0 di Shopee.

Berikut merupakan antara tablet yang boleh para ibu bapa dapatkan dengan harga RM800 dan ke bawah. Semoga dengan cadangan tablet murah untuk pelajar ini mampu membantu ibu bapa dalam membuat pilihan tablet kegunaan anak-anak sepanjang PdPR berlangsung.

Sementara itu, anda mungkin berminat untuk mengetahui aplikasi yang boleh dipelajari buat anak yang masih pra-sekolah sepanjang PKP berlangsung.

5 Pilihan Aplikasi Belajar Untuk Anak Pra-Sekolah Terokai Sepanjang PKP

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS