Touch n Go merupakan sebuah servis pembayaran tol yang digunakan ketika di lebuh raya. Akan tetapi, kita mungkin terkadang lupa baki akaun tersebut yang sekaligus menyebabkan kesulitan sewaktu ingin bergerak ke suatu lokasi dengan lancar. Kini anda boleh belajar cara semak baki Touch n GO dalam IC secara online sahaja.

Memetik daripada ciapan @anisssurayaaa, beliau telah berkongsi tentang cara semak baki Touch n Go dalam IC secara online untuk menyediakan baki secukupnya bagi memastikan perjalanan yang lancar. Berikut merupakan cara-cara menyemak baki Touch n Go dalam IC secara online dengan mudah.

1. Buka aplikasi TNG dan klik pada More.

cara menyemak baki touch n go
Sumber Gambar: Aplikasi TNG

2. Pergi ke bahagian carian dan isikan frasa “TNG Card”.

cara menyemak baki touch n go
Sumber Gambar: Aplikasi TNG

3. Kemudian, klik pula pada TNG Card yang dipaparkan pada senarai ciri tersebut.

cara menyemak baki touch n go
Sumber Gambar: Aplikasi TNG

4. Tekan pada Add New Card.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG

5. Seterusnya, anda perlu masukkan nombor kad dan nama kad yang ingin disemak. Bagi yang menggunakan kad TNG atau Watsons, anda boleh semak nombor siri yang terletak pada bahagian belakang kad. Sementara pengguna IC, boleh semak serial no atau MFG no yang terdapat pada resit semasa menambah nilai TNG menerusi IC.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG

6. Akhir sekali, hanya klik pada bahagian Submit dan ia bakal memaparkan baki semasa di dalam akaun Touch n Go berkenaan.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG

Untuk makluman, anda juga boleh menyemak baki terkini Touch N Go selain IC seperti kad TNG dan juga kad Watsons yang mempunyai ciri Touch n Go. Menariknya, anda berpeluang menghantar penyata kad TNG ke emel bagi memudahkan rujukan pada masa kelak.

Buat masa ini, fungsi ini hanya boleh digunakan untuk menyemak baki terkini yang terdapat pada kad yang digunakan. Jadi, anda perlu menambah nilai kad seperti biasa di stesen minyak berdekatan, kedai serbaneka dan seumpamanya.

Selepas ini, anda sudah tidak perlu risau lagi mengenai baki yang tersedia di dalamnya. Kini anda boleh menyemak baki TNG pada kad yang digunakan dengan mudah menerusi dalam talian dan boleh merancang bajet yang secukupnya berdasarkan lokasi yang ingin dituju.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara memohon dos penggalak melalui aplikasi bagi tujuan umrah menerusi kemas kini terbaharunya.

Cara-Cara Memohon Dos Penggalak Melalui Aplikasi MySejahtera Bagi Urusan Ke Luar Negara

Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

Sumber