Shell sebelum ini sudah menguji ciri pembayaran minyak TNG RFID secara cashless di lima stesen minyak mereka pada awal tahun ini. Pada kali ini, sistem pembayaran menerusi RFID ini diperluaskan ke 88 stesen terpilih di seluruh negara.

Dengan ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan ciri pembayaran di pam minyak di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Kemudian, pam yang menyokong sistem RFID akan mengesan kenderaan dan pengguna boleh terus mengisi minyak pada kereta.

Sumber Gambar: Touch n Go

Anda diingatkan untuk mempunyai baki secukupnya untuk menikmati ciri serba mudah ini yang mana sudah tidak perlu lagi membuka aplikasi. Sebaik anda menetapkan berapa jumlah yang ingin dibeli pada tetapan awal, sebarang jumlah baki yang tidak digunakan pada sesuatu sesi akan dikreditkan semula ke akaun anda.

Menjelang Disember tahun ini, pihak Shell juga mempunyai perancangan untuk menambah sokongan pembayaran TNG RFID ke 200 buah lagi stesen minyak. Sistem pembayaran secara cashless menerusi aplikasi sudah semakin popular ditawarkan di stesen-stesen minyak kerana mudah dan pantas.

Selain menggunakan RFID di Shell, pihak Setel sedia menawarkan pembelian minyak menerusi Apple Watch sahaja.

Mahu Mudahkan Pembelian Minyak, Aplikasi Setel Sedia Ditawarkan Pada Apple Watch

Setel Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Parkir Majlis Perbandaran Di 3 Kawasan Terpilih