Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penamatan pembayaran tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG. Oleh itu, ramai terpaksa beralih menggunakan RFID bagi membuat pembayaran perjalanan selepas ini.

Kini terdapat lanjutan perkongsian tentang tempoh sasaran perlaksanaan secara komprehensif bagi menggunakan RFID sepenuhnya oleh kerajaan. Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, beliau telah menyasarkan untuk memberhentikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG pada penghujung 2023.

Sumber Gambar: Head Topics

Setakat ini, lorong kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan tetap beroperasi di lebuh raya dan ia hanya diberhentikan secara berperingkat dengan mengambil kira kepada kadar penggunaan RFID dan kesediaan lorong RFID. Dalam masa yang sama, lorong RFID akan diperluaskan dan diperbanyakan secara berperingkat juga.

Berdasarkan hasil kiraan kasar, sebanyak 500 kenderaan boleh melalui satu lorong kad Touch ‘n Go setiap jam, sementara lorong RFID pula boleh menerima 1,000 kenderaan setiap sejam. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa lorong RFID mengurangkan kesesakan di plaza tol dan boleh manfaatkan kemudahan menambah nilai secara online.

Sumber Gambar: Tngdigital

Di samping itu, kerajaan juga akan memberi diskaun sebanyak RM10 sekiranya anda membeli RFID menerusi dompet elektronik atau e-wallet. Namun begitu, kerajaan turut mengatakan keputusan akhir penamatan akan hanya dimuktamadkan berdasarkan kepada peratusan penggunaan Touch ‘n Go dan SmartTAG pada tempoh tersebut.

Kini anda juga boleh mengetahui cara memohon pelekat RFID menggunakan aplikasi TNG eWallet dengan klik pada pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Sumber