Sebagai pengguna jalan raya Malaysia, anda pasti sudah mengetahui tentang pengumuman kaedah pembayaran kad Touch ‘n Go dan SmartTag yang bakal dihentikan secara berperingkat. Maka, secara automatiknya pengguna lebuh rayaperlu bersedia dengan mengetahui cara mohon pelekat RFID bagi membuat pembayaran perjalanan di tol.

Menerusi perkongsian siaran Facebook @Fizz Hafiz, beliau telah menerangkan secara terperinci cara mohon pelekat RFID beserta dengan pengaktifan apabila sudah diterima kelak. Anda diingatkan untuk mengisi e-wallet sebanyak RM30 bagi mendapatkan pelekat RFID yang berharga RM29 bersama penghantaran bersamanya.

1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke aplikasi TNG eWallet.

cara mohon pelekat rfid
Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

2. Selepas itu, klik logo tiga titik noktah yang dilabelkan sebagai Lagi pada bahagian kanan pada penjuru bawah sekali.

cara mohon pelekat rfid
Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

3. Pada bahagian Pengangkutan, anda klik sahaja logo tertera RFID itu.

cara mohon pelekat rfid
Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

4. Seterusnya, pergi pada bahagian bawah kanan dan tekan pada pilihan Pesan Tag RFID.

cara mohon pelekat rfid
Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

5. Pada bahagian pesanan ini, anda boleh menambah jumlah pelekat RFID yang ingin dipesan menerusi ruangan yang disediakan dengan klik logo tambah dan kuantiti pesanan maksimum sehingga 10 keping sahaja. Lalu klik pada Beli Sekarang jika sudah siap diisi.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

6. Buat semakan pesanan dengan memeriksa setiap maklumat yang diisi adalah betul bagi memastikan urusan pesanan boleh berlaku dengan lancar. Sekiranya anda sudah yakin semua maklumat sudah diisi dengan tepat, tandakan pada bahagian Terma dan Syarat sebagai persetujuan permohonan dan klik pada Bayar untuk meneruskan transaksi.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

Untuk makluman, setiap pesanan akan dihantar di dalam tempoh empat hari berkerja yang tidak termasuk dengan hari anda membuat pembayaran. Anda juga tidak boleh membuat refund atau membatalkan pesanan selepas sudah siap memohon.

Selepas anda menerima pelekat RFID tersebut, ia perlu diaktifkan terlebih dahulu untuk digunakan buat pembayaran tol nanti. Berikut merupakan cara mengaktifkan pelekat RFID yang sudah diterima.

1. Anda klik pada bahagian RFID seterusnya klik pada Aktifkan Tag RFID.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

2. Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tertera di bahagian Borang Pengaktifan dan klik seterusnya apabila sudah selesai.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

3. Kemudian, anda perlu mengisi pula maklumat kendaraan yang ingin dipasang tag RFID termasuklah nombor kenderaan, jenis kenderaan, buatan kenderaan, model kenderaan, tahun buatan kenderaan dan negara pendaftaran. Lalu, tandakan setuju bagi mendaftar kenderaan tersebut dan tekan Daftarkan Kenderaan Saya.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

4. Akhir sekali, anda hanya perlu masukkan nombor tag RFID yang tertera pada bahagian belakang kad yang diterima seperti rajah yang ditunjukkan sebagai panduan. Selepas itu, tandakan pada persetujuan Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh syarikat TNG.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

Selain mengaktifkan, anda juga disarankan untuk melekatkan pelekat tersebut pada lampu sebelah kiri yang berada di bahagian penumpang ataupun di cermin kereta sebelah kiri pada bahagian luar sahaja.

Semoga dengan tutorial ini dapat memberi manfaat buat anda yang masih tercari-cari cara betul mendapatkan pelekat RFID bagi membuat persediaan awal. Bahkan, anda turut boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar selepas ini dengan adanya tag RFID ini.

Selain itu, anda juga boleh mempelajari cara semak baki Touch ‘n GO dalam kad pengenalan secara online sahaja dengan klik pautan di bawah.

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online

Sumber