Bermula dengan sistem cubaan pada awalnya, pihak PLUS pada hari ini telah mengumumkan bakal menawarkan sokongan RFID pada semua plaza tol sekurang-kurangnya satu laluan pada awal tahun 2022.

Pihak PLUS memaklumkan akan menjayakan sokongan RFID ini dengan turut menawarkan sistem pengecam nombor plat automatik (ANPR) yang sekaligus menjadi pengesahan kedua dalam menyemak lokasi sesuatu kenderaan masuk dan keluar sesebuah plaza tol.

Penawaran sokongan RFID membolehkan kenderaan bergerak melepasi plaza tol pada kelajuan sehingga 30km/j serta mengurangkan kesesakan pada plaza tol berbanding sistem pembayaran sedia ada. Selain itu, RFID pastinya memudahkan orang ramai di mana tambah nilai dapat dibuat menerusi Touch n Go eWallet.

Melihat kepada pengumuman yang dibuat, pastinya lebih ramai pengguna lebuh raya yang bakal menggunakan sistem RFID untuk perjalanan yang lebih pantas dan lancar.

Ketahui juga cara-cara menyemak baki Touch ‘n Go dalam kad pengenalan secara atas talian sahaja dengan klik pautan di bawah.

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Dalam Tempoh Seminggu Sahaja, Jualan Tanah Di Metaverse Berjaya Mencapai RM423 Juta

Sumber