Kecoh pada bulan ini apabila orang ramai berpusu-pusu mahu mendapatkan pelekat RFID seiring dengan langkah kerajaan untuk memperbanyakkan lorong yang dijangka akan menjanjikan perjalanan yang lebih lancar buat para pengguna lebuh raya.

Dalam pada itu, isu RFID ini nampaknya kerap menjadi bualan netizen selepas terdapat isu melibatkan segelintir pengguna yang gagal mengimbas pelekat RFID pada laluan tol sekaligus menyukarkan pengguna lebuh raya yang lain. Selain itu, isu harga pelekat RFID yang mencecah RM35 antara yang kerap dibincangkan serta turut mendapat perhatian ahli politik Malaysia.

Sumber: verst

Terbaharu, menerusi laporan daripada Free Malaysia Today, pihak PLUS dilaporkan sedia berbincangkan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenai isu pengurangan harga pelekat RFID.

Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof turut memaklumkan Touch ‘n Go dan PLUS supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pembayaran RFID.

Hal ini berhubung isu kesesakan teruk di sesetengah plaza tol selepas RFID mula digunakan secara meluas di Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang ke Plaza Tol Skudai di Johor.

Setakat ini, pihak PLUS memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya satu laluan RFID disediakan di setiap 83 plaza tol di sepanjang laluan sejauh 657 kilometer itu.

Pihak PLUS pada minggu ini dilaporkan sedia menawarkan penggantian pelekat RFID yang rosak secara percuma buat para pengguna.

https://www.thevocket.com/plus-tawarkan-penggantian-pelekat-rfid-yang-rosak-secara-percuma/

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet