Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengguna aplikasi MySejahtera telah menerima kejutan pada semalam apabila terdapat label “sah” atau verified  dipaparkan pada profil mereka. Setakat ini, masih belum diketahui mengapa ciri ini secara tiba-tiba diperkenalkan pada kemas kini terbaharu aplikasi MySejahtera.

Sementara pihak KKM masih belum memberikan sebarang pengumuman rasmi mengenainya.Terdapat kemungkinan ia dipaparkan untuk mengesahkan akaun pengguna memaparkan maklumat yang betul seperti di dalam rekod rasmi kerajaan. Mungkin juga ini selaras dengan pembukaan sempadan untuk memudahkan semakan identiti seseorang pengguna MySejahtera.

Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Beberapa bulan lepas berlakunya sindiket yang menghasilkan aplikasi MySejahtera yang diubah suai bagi memaparkan maklumat vaksinasi dan kesihatan pengguna yang palsu. Untuk anda mahu menyemak sama ada akaun anda sah atau sebaliknya, boleh pergi ke bahagian profil aplikasi MySejahtera yang telah dikemas kini.

Selain itu, YB KJ turut mencadangkan perluasi ciri MySejahtera untuk urusan pendermaan organ kelak. Boleh klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

YB KJ Cadangkan Perluaskan Ciri MySejahtera Untuk Urusan Pendermaan Organ

Thailand Iktiraf Sijil Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera Sempena Pembukaan Sempadan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group