Maybank kini telah mengumumkan kepada umum tentang kesemua transaksi pihak ketiga bakal menggunakan pengesahan berasaskan Secure2U sahaja bermula 8 Mac kelak. Pihak ketiga yang dimaksudkan tidak kiralah dari Maybank ke Maybank atau untuk IBG (Interbank GIRO).

Hal ini sekaligus menjadikan tiada lagi penggunaan SMS TAC yang sedia ditawarkan bagi tujuan transaksi berkenaan. Untuk makluman, Maybank sebelum ini sedia memperkenalkan ciri Secure2U secara berperingkat mengikut amaun tertentu sahaja. Namun selepas ini, ia bakal menyokong untuk semua pemindahan tanpa mengira amaun lagi.

Sumber Gambar: Maybank

Dengan implementasi secara menyeluruh kelak, ia dijangka akan menjadikan pelbagai transaksi lebih terjamin selamat di mana pengguna akan melakukan pengesahan menggunakan aplikasi Maybank2U atau MAE. Malah, sebarang transaksi boleh dilakukan secara terus tanpa mengalami gangguan perkhidmatan untuk menghantar mesej lagi.

Sumber Gambar: The Star

Buat anda yang menggunakan perbankan Maybank, boleh mengaktifkan ciri Secure2U menerusi aplikasi Maybank2U atau pun MAE hari ini bagi kelancaran transaksi kelak. Anda juga boleh kongsikan artikel ini kepada lebih ramai orang agar mereka juga boleh mengetahui perkara ini.

Selain itu, anda juga boleh mempelajari cara mudah tukar kad debit Maybank secara dalam talian sahaja.

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Lelaki Ini Kongsikan Cara Ganti Kad Debit Maybank Dengan Mudah Menerusi Kiosk Sahaja

Sumber