Baru-baru ini, sebahagian pengguna akaun bank CIMB dikejutkan dengan pembekuan akaun secara tiba-tiba dan ada pula yang dipaparkan angka sehingga negatif pada akaun peribadi. Hal ini sekaligus mengakibatkan sebarang urusan transaksi menjadi sukar buat mereka yang terkesan.

Menerusi perkongsian New Straits Times, pihak CIMB telah menjelaskan mengenai perkara tersebut bahawa terdapat kesilapan pemprosesan pada sistem perbankan yang mendorong kepada sebilangan kecil akaun dibekukan secara mengejut. Didapati sekitar 11,000 akaun pelangan bank CIMB telah dibekukan sejak Isnin minggu ini.

Lanjutan daripada itu, pengguna yang terkesan juga telah menerima mesej yang menyatakan bahawa terdapat hutang ribuan ringgit bersama bank tersebut. CIMB juga menambah mereka sedang menghubungi pelanggan yang terjejas untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sehubungan itu, pelanggan yang terjejas juga diminta menghubungi pihak CIMB pada talian 03-2295-6188 untuk tindakan selanjutnya. Semoga perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar para pengguna boleh melakukan urusan transaksi seperti sedia kala.

Tular baru-baru ini sejenis kriptowang yang dinamakan sempena watak rekaan McDonald’s melonjak naik hasil daripada ciapan Elon Musk.

Hanya Kerana Gurauan McDonald’s Terhadap Elon Musk, Kriptowang ‘Palsu’ Ini Melonjak 285,641%

NFT Permohonan Kerja McDonald’s Ini Berjaya Raih RM218,700 Dalam Tempoh 24 Jam