CIMB merupakan salah satu khidmat perbankan yang sering digunakan oleh para pengguna tempatan. Kini mereka turut menyediakan sebuah laman khas pada CIMBClicks untuk berkongsi mengenai kadar ketersediaan perkhidmatan perbankan atas talian tersebut sepanjang tahun berdasarkan setiap suku tahunan.

Menerusi data terbitan yang dikongsikan kepada umum, CIMB menyatakan CIMBClicks sudah beroperasi pada kadar lebih 99% sepanjang tahun 2021 lalu. Pada suku ke-empat 2021, ia mencatatkan kadar ketersediaan mencecah 99.85 pada perkhidmatan web mereka.

Sumber Gambar: CIMBClicks

Sementara di aplikasi mudah-alih pula mencatatkan kadar ketersedia mencapai 99.83% pada tahun tersebut. Pada suku tahun selainnya juga menyaksikan prestasi kadar ketersediaan masih kekal di paras atas 99% di mana kira cukup bagus dalam memastikan perkhidmatan mereka akan sentiasa boleh digunakan pada setiap masa.

Dalam pada itu, pihak CIMB juga mengatakan mereka sering berusaha dalam memastikan pengalaman penggunaan CIMBClicks akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Langkah perkongsian data ini dilihat baik kerana dapat dinilai oleh para pengguna sendiri sama ada ia benar-benar beroperasi seperti yang diperkatakan atau sebaliknya.

Sekiranya anda masih berminat untuk meneruskan bacaan, boleh lanjut ke pautan yang disediakan di bawah untuk artikel-artikel semasa yang disediakan oleh kami.

Facebook Jangka Bakal Alami Kerugian RM42 Bilion Pada Tahun Ini Ekoran Polisi Privasi Apple

StockX Disaman Kerana Hasilkan NFT ‘Sneakers’ Nike Tanpa Kebenaran

Sumber