CIMB baru sahaja melancarkan aplikasi CIMB Auto Dealer yang boleh dimuat turun menerusi platform Android dan iOS. Dengan aplikasi baharu ini, anda boleh mendapat kelulusan permohonan kemudahan kewangan pembiayaan kereta secepat satu minit sahaja dengan memuat naik segala dokumen yang diperlukan secara online.

Menurut CIMB, aplikasi ini adalah kemudahan pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan membawa moto 1 Minute InstaApproval, anda hanya perlu menyertakan dokumen seperti salinan MyKad, salinan slip gaji dan penyata KWSP untuk menikmati ciri baharu ini.

Sumber Gambar: Youtube

Pihak CIMB menambah lagi dengan mengatakan ciri baharu ini bukan sahaja boleh memudahkan urusan pembelian kenderaan dilakukan, malah alam sekitar turut terjaga kerana tiada lagi penggunaan kertas untuk mengisi borang yang mana kini hanya perlu dimuat naik secara online.

Selaras dengan pelancaran berkenaan, Carsome juga mengumumkan bahawa sejumlah pejabat urusan dibawah mereka iaitu Experience Centre sudah pun dilengkapi CIMB Auto Dealer App bagi melicinkan urusan pinjaman pelanggan.

Sumber Gambar: Youtube

Di samping itu, aplikasi CIMB Auto Dealer ini turut boleh digunakan oleh agen CIMB Auto Dealer sedia ada dengan memuat turun aplikasi tersebut dan lakukan pendaftaran menggunakan kod dealer anda. Pihak yang berminat untuk menjadi panel dealer boleh mendaftar dengan menghubungi pihak CIMB sebelum mereka menggunakan aplikasi itu.

Baru-baru ini Setel telah pun menawarkan ciri pembayaran parkir jalanan di bawah Majlis Perbandaran di beberapa kawasan terpilih.

Setel Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Parkir Majlis Perbandaran Di 3 Kawasan Terpilih

Mahu Mudahkan Pembelian Minyak, Aplikasi Setel Sedia Ditawarkan Pada Apple Watch