Setel sememangnya menjadi pilihan utama pengguna untuk membuat pembayaran secara digital di dalam kehidupan seharian. Malah, Setel sudah menambah lagi satu ciri menarik baharu pada aplikasi mereka.
Aplikasi Setel kini boleh digunakan untuk membayar parkir jalanan di tiga kawasan iaitu Subang Jaya, Kuala Langat dan Teluk Intan. Setakat ini, hanya kawasan terpilih di bawah tiga majlis perbandaran itu sahaja yang menyokong pembayaran tempat letak kereta jalanan.
Menerusi ciri ini, anda boleh memilih lokasi parkir kenderaan mengikut perbandaran dan kemudian memilih tempoh masa serta membayar terus menggunakan Setel. Di samping itu, anda juga boleh memantau dan menambah tempoh masa sekiranya diperlukan.
Tempoh minima parkir pula dihadkan serendah satu jam. Buat anda yang menggunakan Setel, bolehlah mengakses ciri baharu ini pada bahagian Parkir dan pilih Parkir Jalanan.
Sebelum ini juga, Setel turut menawarkan ciri pembelian minyak yang mudah menerusi Apple Watch sahaja.
Mahu Mudahkan Pembelian Minyak, Aplikasi Setel Sedia Ditawarkan Pada Apple Watch
Hospital Dan Klinik Kerajaan Bakal Menerima Pembayaran Secara ‘Cashless’ Bermula 1 Oktober Ini