Aplikasi Touch ‘n Go eWallet sudah menjadi sinonim di kalangan pengguna tempatan dalam membuat pembayaran secara dalam talian dan sebagainya. Kini pihak pembangun melebarkan sayapnya untuk menawarkan fungsi pinjaman peribadi pula menerusinya.

Terbaharu, Touch ‘n Go eWallet baru sahaja memperkenalkan produk kewangan baharu iaitu skim pinjaman peribadi digital yang dikenali sebagai GoPinjam. Pengguna yang layak boleh memohon pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan ansuran fleksibel dari 1 minggu hingga ke 12 bulan.

Sumber BGambar: Touch ‘n Go

Ciri pinjaman Touch ‘n Go baharu ditawarkan dengan kerjasama CIMB dan ia dibiayai di bawah produk e-Zi Tunai. Menerusinya, terdapat penawaran kadar faedah tetap antara 8% sehingga 36% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman.

Anda boleh menemui ciri GoPinjam pada halaman utama aplikasi TNG eWallet dan boleh dicuba dengan memasukkan jumlah pendapatan bulanan anda dan mengikut arahan berikutnya sehingga selesai. Produk pinjaman peribadi ini terbuka kepada pengguna TNG eWallet Malaysia yang berumur 21 hingga 63 tahun dengan pendapatan kasar bulanan RM800.

Sumber Gambar: aplikasi TNG eWallet

Jika anda mempunyai pendapatan tinggi, maka layak memohon sehingga RM10,000 sekaligus. Pembayaran bulanan pula bergantung pada jumlah yang dipohon di mana daripada 2 bulan sehingga 12 bulan.

Malah, GoPinjam turut menawarkan tempoh pinjaman yang lebih pendek seawal 1 minggu jika anda memohon jumlah yang lebih kecil seperti RM1,000. Jumlah pinjaman minimum yang dibenarkan iailah RM100 dan anda boleh membayar seminggu kemudian dengan RM100.69 sekali pembayaran atau melanjutkan pembayaran balikĀ  kepada enam bulan pada RM19/bulan.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

Permohonan pinjaman GoPinjam memerlukan dokumen tambahan seperti slip gaji sebulan daripada syarikat yang berdaftar di Malaysia, penyata penuh KWSP yang menunjukkan caruman selama tiga bulan dan resit akaun e-Filling borang B/BE.

Menerusi FAQ, jumlah pinjaman yang diluluskan boleh dikeluarkan menerusi TNG eWallet serta akaun CIMB atau CIMB Islamik. Jika anda tidak mempunyai akaun CIMB Bank, anda boleh memindahkan dana daripada TNG eWallet anda ke akaun bank lain menerusi DuitNow tanpa yuran pemprosesan.

Sementara itu, dinyatakan juga bahawa CIMB e-Zi Tunai adalah produk perbankan konvensional dan tidak mematuhi Syariah. Akan tetapi, mereka sedang melihat untuk melancarkan produk pembiayaan Islam menerusi pembiayaan Islam menerusi TNG eWallet kelak.

Selain itu, anda juga boleh pelajari cara pindah baki TnG eWallet ke akaun bank masinh-masinh jika diperlukan. Klik pautan di bawah untuk ketahui langkahnya.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Pindah Baki TnG eWallet Ke Akaun Bank

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Sumber