Pada hari ini, terdapat pelbagai penyedia perkhidmatan dompet digital yang sekaligus membuatkan peniaga perlu memaparkan pelbagai kod QR pada kaunter. Kini anda boleh menyeragamkan pada satu kod QR sahaja dengan mengetahui cara hasilkan kod QR DuitNow yang pasti memudahkan urus niaga anda.

DuitNow merupakan sebuah perkhidmatan perbankan yang dikendalikan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) yang mana mahu memudahkan pengguna membuat pemindahan wang kepada sesesorang dengan sokongan pelbagai institusi perbankan dan e-Dompet menerusinya. Berikut merupakan cara hasilkan kod QR DuitNow dengan mudah secara dalam talian sahaja.

1.  Anda perlu menghubungi pihak perbankan atau e-Dompet yang ingin dipakai untuk pendaftaran servis DuitNow terlebih dahulu. Pihak perbankan berkenaan sedia membantu anda dalam menyediakan kod QR DuitNow khusus untuk premis anda. Perlu diingatkan juga setiap perbankan mempunyai cara pendaftaran masing-masing buat pelanggannya.

2. Selepas siap pendaftaran bersama pihak perbankan atau penyedia e-Dompet yang dipilih, mereka akan memberikan kod QR khas untuk premis perniagaan anda menerusi emel dan sebagainya.

3. Akhir sekali, kod QR DuitNow yang diterima sedia digunakan oleh anda dan boleh dipaparkan pada kaunter pembayaran di premis perniagaan anda.

cara hasilkan kod QR DuitNow
Sumber Gambar: DuitNow

Menerusi DuitNow, ia membolehkan anda membuat pembayaran antara bank atau e-Dompet yang terlibat menerusi program ini. Ini merupakan satu penyelesaian kepada lambakan e-Dompet dan pembayaran yang menyokong sesuatu entiti  sahaja dengan penyeragaman sistem pembayaran kepada DuitNow.

Terdapat pelbagai institusi perbankan dan e-Dompet yang sudah menyertai program DuitNow dalam memudahkan lagi pelanggannya melakukan transaksi harian seperti Maybank, AmBank, Boost dan sebagainya. Menerusi kod QR DuitNow, pengguna boleh membuat pembayaran dari mana-mana aplikasi perbankan atau e-Dompet yang terlibat.

cara hasilkan kod QR DuitNow
Sumber Gambar: Bank Islam Malaysia Berhad

Manfaat yang diterima oleh peniaga pula, anda sudah boleh menerima pembayaran dengan mudah daripada pelanggan menerusi satu kod QR sahaja. Bukan itu sahaja, setiap pembayaran boleh diterima serta-merta pada setiap masa serta ia direkodkan secara terperinci untuk rujukan peniaga.

Difahamkan juga selepas ini DuitNow boleh menerima bayaran daripada pelancong Thailand dengan mudah menerusi imbasan kod QR di premis perniagaan tempatan.

Servis ini sedia ditawarkan kepada Public Bank terlebih dahulu dan dijangka lebih banyak institusi perbankan akan menyertai dalam membolehkan transaksi kedua-dua sempadan dengan lancar.

Semoga dengan mengetahui cara hasilkan kod QR DuitNow ini, anda boleh memudahkan proses pembayaran seharian yang sekaligus dapat menggurangkan kontak rapat dalam membendung wabak COVID-19 juga. DuitNow juga dilihat sangat universal kerana boleh digunakan oleh pelbagai pihak menerusi satu kod QR sahaja.

Anda juga berpeluang menukarkan kad debit Maybank secara atas talian tanpa perlu ke bank lagi. Klik pautan di bawah untuk penerangan lanjut.

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

Sumber