Pada hari ini, orang ramai dilihat lebih selesa membuat pembayaran secara cashless kerana tidak perlu membawa wang fizikal serta mudah diakses di serata tempat. Antara e-dompet yang sering digunakan di luar sana adalah DuitNow kerana boleh memudahkan urusan pembayaran daripada pelbagai bank dengan satu kod QR sahaja.

Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) telah melancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan. Dengan usaha kerjasama ini kelak membolehkan pembayaran rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Sumber Gambar: Bank Islam

Menerusinya, pengguna di kedua-dua negara berpeluang membuat pembayaran runcit dengan mengimbas kod QR DuitNow atau Quick Responses Code Indonesia Standard (QRIS) yang dipaparkan oleh peniaga di premis dan secara dalam talian.

Fasa rintis untuk fungsi ini sudahpun bermula pada hari ini dan pelancaran komersialnya buat umum pula akan diadakan pada suku ketiga tahun ini. Dalam pada itu, jalinan ini turut akan diperluas pada masa hadapan bagi menyokong aktiviti kiriman wang rentas sempadan antara dua negara ini boleh dilakukan secara langsung dengan mudah.

Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Asosiasi Sistem Pembayaran Indonesia (ASPI) dan RAJA (Rintis, Artajasa, Jalin and Alto) selaku pengendali sistem pembayaran. Manakala, CIMB Bank Berhad, Bank Mandiri dan Bank Negara Indonesia sebagai bank penyelesaian.

Dengan penglibatan CIMB Bank dalam kerjasama kali ini sekaligus boleh menambah manfaat kepada pengguna tempatan berurusan bersama pengguna di negara tersebut nanti. Malahan, hubungan ekonomi digital yang terjalin juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua negara ini.

Di Thailand pula, kerajaan sudah dalam perancangan untuk membenarkan penerimaan kriptowang sebagai medium pembayaran.

Thailand Dalam Perancangan Untuk Membenarkan Penerimaan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Kafe Di Thailand Ini Tampil Unik Tawarkan Nasihat Berkaitan Kripto Bersama Kopi Dan Kek