Sebelum ini, CIMB Bank menghadapi beberapa masalah serius sehingga menyebabkan sebahagian besar pengguna terkesan. Malah, ada di antara pengguna diminat untuk membayar sejumlah wang yang besar kerana berlaku keralatan pada sistem perbankan tersebut.

Sekitar 11,000 pengguna terkesan dan CIMB telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini yang mana terjadi berpunca daripada kesilapan pemprosesan dan akan menyelesaikannya secepat mungkin. Bagaimanapun, kebanyakan akaun yang terkesan ini kemudiannya dibekukan oleh CIMB.

Sumber Gambar: Twitter

Oleh itu, sebanyak sembilan individu dan tiga syarikat telah menfailkan saman terhadap CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad kerana didakwa pembekuan akaun yang dibuat terhadap mereka telah melanggar kontrak. Mereka juga menegaskan bahawa masalah keralatan pemprosesan adalah berpunca daripada pihak bank sendiri dan bukan pengguna.

Ekoran pembekuan itu, mereka tidak dapat mengeluarkan wang gaji dan membayar pinjaman. Bahkan, mereka turut diganggu oleh pemungut hutang bagi pihak CIMB yang meminta mereka membayar semula hutang berkenaan.

Peguam, Nazmi Mohd Zaini berkata surat tuntutan telah dihantar oleh 12 pihak berkaitan dengan saman itu kepada CIMB yang mana menuntut supaya akaun mereka dinyahbekukan, permohonan maaf dan membayar pampasan RM1 juta bagi setiap seorang atas kesukaran yang dialami akibat tidak dapat menggunakan akaun mereka.

Menurut beliau lagi, terdapat ratusan pemegang akaun lain juga telah menghubungi untuk mengambil tindakan sedemikian terhadap CIMB. Sebelum ini pun, Bank Pusat telah pun mengarahkan CIMB untuk memastikan sebarang tindakan pemulihan agar tidak membebankan pengguna.

Tular baru-baru ini seluruh stesen metro di Rusia tidak boleh menerima pembayaran Apple Pay dan Google Pay selepas diberhentikan servisnya.

Stesen Metro Moscow ‘Sesak’ Selepas Pembayaran Apple Dan Google Pay Tidak Lagi Beroperasi

Ekoran Gangguan Rangkaian Selepas Serangan Rusia, Elon Musk Lancarkan Internet Starlink Ke Ukraine

Nilai Bitcoin Susut 7% Selepas Rusia Lancarkan Serangan Terhadap Ukraine