Kini sebanyak tiga bank yang sudah menyokong fungsi Apple Pay untuk kegunaan umum iaitu AmBank, MayBank dan Standard Chartered Bank. Sementara ramai pengguna yang mengharapkan bank CIMB untuk turut serta agar mereka juga boleh menikmati fungsi menarik ini.

Terbaharu, CIMB sedang mengusahakan untuk menyediakan fungsi Apple Pay kepada para penggunanya. Perkhidmatan Apple Pay pada minggu lepas telah diperkenalkan secara rasminya di Malaysia dan semakin bank mulai menyediakan sokongan terhadap fungsi tersebut.

Sumber Gambar: 1000 logos

Bagaimanapun, CIMB buat masa ini masih belum lagi menyediakan fungsi berkenaan kepada para pelanggannya. Menurut Ketua Pengawai Teknologi dan Data Kumpulan CIMB, Ross Yusof, sokongan Apple Pay ini dijangka akan tiba pertengahan tahun 2023 kelak.

Selain Apple Pay, CIMB pada ketika ini sudah pun menyediakan sokongan Samsung Pay dan dijangkakan penyediaan perkhidmatan ini tidak mengambil masa yang lama kerana berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

Ikuti juga berita terhangat minggu ini tentang seorang wanita mendakwa hilang wang dalam akaun berjumlah RM11,668 dalam masa dua saat sahaja.

Wanita Ini Dakwa Hilang Wang Dalam Akaun Bank Berjumlah RM11,668 Dalam Masa 2 Saat Sahaja

Mahu Elak Hilang Kunci, Lelaki Ini Sanggup ‘Tanam’ Tesla Key Dalam Tangan