Harga Bitcoin dilihat semakin menurun pada saban hari disebabkan oleh pelbagai faktor  seperti perubahan polisi pembelian aset di Amerika Syarikat dan sebagainya. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan panik kepada para pelabur kripto di luar sana yang berharap nilai akan kembali seperti sedia kala.

Namun, perkara ini dijangka bakal berlarutan lagi setelah harga Bitcoin dilihat terus jatuh apabila pasaran global bertindak balas dengan kebimbangan terhadap skala perang yang semakin meluas di Ukraine. Setakat ini sahaja, terdapat sejumlah peluru berpandu telah menghujani ibu kota di Kyiv dan lapangan terbangnya ditawan oleh tentera udara Rusia.

Sumber Gambar: Coingecko

Setakat artikel ini ditulis nilai 1 Bitcoin adalah sekitar $38,757 bersamaan RM162,643 di mana dilihat menjunam sebanyak 7% berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Coingecko. Kriptowang paling bernilai di dunia jatuh di bawah $40,000 (~RM167,856) pada hujung minggu lalu dan terus merosot apabila krisis Ukraine makin meruncing.

Malah, nilai kriptowang selain Bitcoin juga terjejas sekaligus dilihat memberi kesan yang agak serius terhadap dunia kripto hari ini. Penurunan nilai ini berlaku kerana negara Rusia  merupakan antara negara dengan jumlah pelombong kripto terbesar di dunia dan segala konflik sudah pasti mendatangkan kesan kepada aktiviti dan nilai kriptowang juga.

Tular sebelum ini yang mana seorang profesor memberi amaran Bitcoin berpeluang hilang secara tiba-tiba pada masa kelak. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Profesor Ini Beri Amaran Bitcoin Berpeluang Hilang Secara Tiba-Tiba Dalam Masa Terdekat

Nilai Bitcoin Mencecah RM160,976, Harga Terendah Sepanjang Lima Bulan Terakhir