Seperti yang ramai sedia maklum, sistem pembayaran kini secara cashless menjadi semakin mudah. Para pengguna tidak lagi perlu membawa wang tunai untuk berbelanja di sejumlah besar tempat malah sekadar perlu menyediakan kad debit atau mungkin kredit yang tersedia pada beberapa aplikasi dompet digital.

Situasi ini turut berlaku di negara luar serta menjadi masalah terbaru buat rakyat di Rusia selepas stesen metro di Moscow difahamkan tidak lagi menerima pembayaran menerusi Apple Pay dan Google Pay.

Situasi yang berlaku turut mendesak orang ramai yang sudah terbiasa dengan pembayaran tanpa wang tunai berusaha mengeluarkan wang mereka dalam menggunakan servis stesen metro Moscow.

Menerusi komen pada para netizen serta Bloomberg TV, difahamkan kenaikan kadar faedah daripada 9.5% kepada 20% antara yang memberi kesan besar kepada penyedia rangkaian bayaran digital. Selain itu, difahamkan kenaikan kadar faedah ini secara tidak langsung turut membuatkan hampir kesemua bank di Rusia gagal beroperasi.

Sementara itu, tidak kurang juga netizen yang berpendapat memberi peluang kepada syarikat peluang dalam menawarkan sistem bayaran digital seperti Apple, Google dan Amazon antara kesilapan yang perlu dielak sesebuah negara.

Dalam pada itu, isu yang berlaku jelas menunjukkan betapa orang ramai terlalu bergantung kepada teknologi dan internet sehingga sukar menjalankan urusan apabila sistem bayaran digital ini mengalami masalah atau dihalang.

Hal ini secara tidak langsung turut menunjukkan peralihan orang ramai daripada membawa wang tunai kepada menyimpan wang secara digital menerusi aplikasi pilihan.

Tular beberapa hari lalu apabila Elon Musk berjaya menawarkan ‘bantuan’ buat Ukraine selepas menerima sebuah tweet pertolongan daripada pegawai kerajaan negara berkenaan.

Ekoran Gangguan Rangkaian Selepas Serangan Rusia, Elon Musk Lancarkan Internet Starlink Ke Ukraine

iPhone 13 Pro Max Dicuri Wanita Bertudung Hijau, Para Netizen Saran Pemilik Guna Fungsi Find My