Setel sudah terkenal dengan penawaran aplikasi yang boleh memudahkan anda membuat pembayaran untuk isian minyak kenderaan tanpa perlu pergi ke kaunter lagi di Petronas. Malah, ia telah diperluaskan dengan lebih banyak ciri-ciri lain dalam memastikan para pengguna akan terus memakai aplikasi tersebut.

Terbaharu, Setel dilihat mahu meneroka kebolehan aplikasi tersebut untuk berfungsi pada peranti yang lebih kompak iaitu Apple Watch. Perkara ini telah diacah oleh pihak Setel sendiri menerusi sebuah tweet malah terdapat beberapa gambaran awal yang telah tertiris.

Sumber Gambar: Melan Yapa

Menerusi gambar yang tertiris, pengguna boleh terus melakukan pesanan untuk mengisi minyak dan mengesahkan pembayaran sepenuhnya menerusi Apple Watch. Dengan insiatif ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses pembayaran untuk isian minyak malah dapat menggurangkan kontak rapat secara fizikal.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan aplikasi Setel untuk Apple Watch ini tidak lama lagi. Pasti ramai pengguna Apple Watch tidak sabar mahu menggunakan ciri yang serba mudah ini.

Selain Setel, TnG baru sahaja melancarkan kad NFC yang boleh menyokong tambah nilai secara terus pada telefon pintar.

Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000