Sehingga ke hari ini, hospital dan klinik kerajaan masih bergantung pada pembayaran secara tunai. Hal ini sekaligus membantutkan sebahagian pesakit yang lebih selesa membuat pembayaran secara cashless atau mungkin juga tidak membawa wang yang secukupnya.

Menerusi perkeliling yang dikeluarkan oleh KKM, semua klinik dan hospital di bawah Kementerian Kesihatan akan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober ini. Kaedah pembayaran yang boleh digunakan termasuklah kad debit, kredit dan e-dompet termasuk DuitNow.

Sumber Gambar: Putrajaya

Dalam masa yang sama, pembayaran secara tunai hanya akan diterima jika pelanggan memang tidak mempunyai sebarang mod-pembayaran atau akaun bank. Langkah ini dapat membantu dari segi pengurangan risiko terjadinya ketirisan wang serta meningkatkan kecekapan urusan di kaunter.

Malah, pendekatan ini turut mampu menggurangkan kos dan proses di peringkat pusat serta pengurangan risiko jangkitan seperti COVID-19. KKM turut menjangkakan sekurang-kurangnya 95% transaksi terimaan tanpa tunai di klinik dan hospitalnya menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, KKM juga telah memperkenalkan kemas kini MySejahtera baharu yang bakal memaparkan rekod kesihatan pengguna.

Kemas Kini MySejahtera Hadir Dengan Wajah Baharu Serta Paparan Rekod Saringan Kesihatan Pengguna

Lebih 21 Juta Ciapan Berkaitan COVID-19 Di Malaysia Ditulis Sejak Jun 2019