Twitter kini berkongsi data terkini berkaitan platform mereka di Malaysia yang mana dilaporkan rakyat Malaysia telah menghantar sebanyak 21 juta ciapan berkaitan Covid-19 sehingga ke hari ini.

Difahamkan Twitter memantau data ini sejak Jun tahun 2019 yang lalu. Twitter pada hari ini telah menjadi salah satu sumber rujukan ramai dalam mendapatkan info-info terkini terutamanya berita dan data berkaitan dengan Covid-19.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Malah, kerajaan sendiri turut berkongsi pelbagai data kesihatan dan Covid-19 menerusi akaun rasmi seperti Kementerian Kesihatan (@KKMPutrajaya) dan juga akaun Menteri Kesihatan sendiri (@KhairyKJ).

Twitter juga telah berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk mempromosikan kempen vaksinasi #COVID19 di seluruh negara dan menggunakan TwitterSpaces bagi berhubung dengan orang awam dan media untuk kemas kini informasi semasa. Twitter dilihat memainkan peranan penting untuk menjadi rujukan isu semasa oleh penggunanya di Malaysia.

Pada awal tahun ini, Malaysia juga menduduki tempat ke-7 paling banyak membuat ciapan berkaitan K-Pop di peringkat global.

Malaysia Menduduki Tempat Ke-7 Paling Banyak Tweet Berkaitan K-Pop Pada Peringkat Global

Perkataan ‘Sayang’ Paling Kerap Digunakan Sebagai Kata Laluan Di Malaysia

Sumber