Salah satu perkara penting di dalam era digital hari ini adalah penggunaan kata laluan yang bagus untuk memastikan keselamatan data peribadi di dalam talian. Malah, boleh dikatakan majoriti daripada kita lebih mengemari menggunakan perkataan dan nombor yang mudah diingati.

Bersempena Hari Kata Laluan Sedunia baru-baru ini, syarikat rangkaian persendirian maya (VPN) iaitu ExpressVPN telah menjalankan satu kajian mengenai kata laluan yang paling biasa digunakan di dunia. Setiap kata laluan yang digunakan sudah pasti berlainan bagi setiap negara kerana perbezaan budaya.

Sumber Gambar: Express VPN

Menurut syarikat ini lagi, usaha ini dibuat atas dasar mahu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan siber dan pemilihan kata laluan yang bagus. Di Malaysia, kata laluan dengan frasa Sayang menjadi kata laluan paling kerap digunakan dikalangan rakyatnya.

Selain Malaysia, pengguna di Indonesia turut berkongsi minat yang sama terhadap frasa tersebut dan dijadikan sebagai kata laluan. Di samping itu, mereka juga mendapati kata laluan mengandungi 123456 menjadi yang paling biasa digunakan secara meluas pengguna di seluruh dunia.

Secara dasarnya, mempunyai kata laluan yang padu adalah sangat penting supaya data peribadi terjamin serta tidak mudah diteka. Pengguna digalakkan menggunakan kata laluan dengan gabungan teks, nombor dan simbol. Malah, anda juga boleh menggunakan sokongan dwi-faktor untuk ciri keselamatan tambahan.

Sebelum ini juga, sebuah kajian telah mendedahkan pengguna Android boleh memandu dengan lebih berhemat berbanding pengguna iOS.

Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Berhemat Berbanding Pengguna iOS

Kajian Melaporkan Rakyat Indonesia Paling Banyak Luangkan Masa Menonton Video Pada Telefon Pintar

Sumber