Pada hari ini penggunaan peranti pintar sudah menjadi satu perkara wajib bagi semua orang lebih-lebih lagi apabila sebahagian perkerjaan sudah berkait dengan sebahagian platform media sosial. Namun begitu, majoriti pengguna boleh dikatakan sepanjang masa yang diluangkan lebih cendorong ke arah hiburan semata-mata.
Berdasarkan kepada perkongsian kaji selidik yang dilakukan oleh laman analisis App Annie, rakyat Indonesia dikesan merupakan pengguna yang paling banyak menghabiskan masa mereka menonton video-video di platform penstriman pada tahun lalu. Malah, ia menyaksikan peningkatan sehingga 93% pada tahun lalu jika dibandingkan dengan tahun 2019 dahulu.
Sementara negara yang berada di belakang Indonesia iaitu Jepun dan India pula, masing-masing menunjukkan peningkatan jumlah tontonan video di platform penstriman dengan laman YouTube menjadi pendorong utama kepada peningkatan tersebut pada tahun 2021 lalu.
Perkara sebaliknya yang berlaku pada pengguna di negara China yang mana menunjukkan kadar penurunan pada kali ini. Pengguna di China didapati lebih cenderung menonton video-video pendek yang ditawarkan menerusi aplikasi Kwai dan TikTok. Dilihat peningkatan melebihi 200% jumlah pengguna China di platform berkenaan.
Kesimpulan yang dibuat oleh pihak App Annie yang menyatakan walaupun akses tontonan di skrin yang lebih besar tetapi lebih gemar memilih telefon pintar sebagai tempat untuk mereka menonton video-video yang disajikan di dalam talian.
Baru-baru ini juga, Ghozali yang sudah menggegarkan dunia dengan penjualan NFT di OpenSea sudah pun membayar cukai kepada kerajaan Indonesia.
Ghozali Umum Sudah Membayar Cukai Hasil Daripada Jualan NFT Kepada Kerajaan Indonesia
Selepas Berjaya Menjadi Fenomena, Kini Giliran Ibu Ghozali Pula Menyertai Dunia NFT