Sekiranya anda perasan sejak kebelakangan ini terdapat trend baru di mana perkongsian informasi menggunakan ciri pelekat Add Yours di akaun Instagram masing-masing. Challenge Add Yours telah menjadi ikutan oleh pelbagai lapisan pengguna secara meluas di platform tersebut.

Sehinggakan orang ramai boleh berkongsi gambar atau video antara satu sama lain untuk berinteraksi dengan lebih interaktif. Malah, soalan yang diutarakan pula sangat terperinci sehingga melibatkan perihal maklumat peribadi seperti tarikh lahir, tempat tinggal, nama panggilan dan sebagainya yang boleh dilihat oleh semua orang lebih-lebih lagi akaun jenis public.

Challenge Add Yours
Sumber Gambar: Media Jabodetabek

Bagi sesetengah pengguna, mereka mungkin beranggapan ini hanyalah challenge biasa sahaja dan tidak akan membahayakan keselamatan diri mereka. Akan tetapi, perkara ini bukan semudah yang disangka kerana maklumat sensitif anda mungkin boleh disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Anda perlu ketahui setiap aktiviti anda boleh dijejak dengan mudah menerusi teknologi hari ini. Malah, maklumat yang dikumpulkan boleh dipakai untuk menipu kenalan rapat anda dan ini merupakan salah satu serangan social engineering yang diguna pakai oleh scammer di luar sana.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan pengesahan pakar IT sendiri yang mengatakan tiada sebarang benteng atau teknologi dapat menghalang serangan psikologi ini.

Sumber Gambar: Twitter

Antara potensi penyalahgunaan informasi yang dikongsikan adalah suspek boleh menyamar sebagai individu tertentu lalu meminta wang daripada kenalan rapat atau keluarga. Untuk menjayakan lagi penipuan tersebut, suspek akan menggunakan maklumat yang dikumpul untuk menyakinkan mangsa seperti nama panggilan atau tempat belajar dan sebagainya.

Mangsa sudah pasti bakal termakan dengan umpan tersebut kerana maklumat yang diberikan selari dengan latar belakang anda. Maka, mangsa tidak teragak-agak untuk memindahkan sejumlah wang seperti yang diminta. Perkara ini sudah pasti boleh dielakkan sekiranya anda tidak berkongsi secara terperinci informasi berkaitan anda walaupun kelihatan seperti perkara biasa sahaja.

Gambar yang dikongsi juga berpotensi untuk dimanipulasi bagi tujuan yang salah. Selain itu, suspek juga boleh menggunakan informasi seperti warna kegemaran, nama binatang peliharaan untuk mengakses masuk akaun emel atau media sosial menerusi ciri Forgot Password yang kebiasaannya menanyakan soalan sekuriti seumpama itu.

Di Indonesia, kini sudah terdapat sebuah laporan berkaitan scammer yang berjaya menipu mangsa dengan menggunakan informasi yang dikongsi pada challenge berkenaan. Wang mangsa tersebut wang telah berjaya dicuri oleh suspek dan terdapat keberangkalian maklumat tersebut akan digunakan untuk siri penipuan seterusnya.

Sebagai langkah penjagaan, para pengguna perlu lebih berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat peribadi di media sosial anda. Keselamatan data peribadi adalah tanggungjawab individu. Pastikan para pengguna berfikir secara rasional apabila ingin menyertai sesuatu trend atau challenge di  media sosial kerana ia boleh mendatangkan bahaya pada masa kelak.

Selain itu, #10YearsChallenge yang pernah viral ketika dahulu juga merupakan salah satu ancaman siber yang boleh membahayakan keselamatan anda.

https://www.thevocket.com/bahaya-cabaran-10yearschallenge-yang-mungkin-ramai-tidak-sedar/

https://www.thevocket.com/skullbreaker-challenge-cabaran-gila-yang-sedang-tular-di-tiktok/