Jenayah siber seperti Macau Scam sememangnya sangat aktif di Malaysia dan dilihat semakin berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Bahana penipuan ini juga telah berjaya mengautkan keuntungan jutaan ringgit pada saban hari dan masih juga ramai yang terjerat dengan taktik biasanya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @arsyadjohar, beliau telah mendedahkan sebuah rakaman perbualan berdurasi 31 saat yang direkodkan bersama scammer yang menghubunginya. Kandungan rakaman perbualan ini telah mendedahkan jumlah pendapatan scammer sebenar dalam tempoh sebulan.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, scammer ini mengakui mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 sebulan untuk dirinya. Malah, suspek juga menyatakan mampu meraih RM80,000 pada bulan lepas. Jadi, tidak hairanlah sekiranya para scammer menggangap ini sebagai kerja yang ‘lumayan’ tetapi dengan cara yang kotor.

Pengakuan yang dibuat scammer ini nyata mengejutkan netizen selepas mengetahui jumlah pendatan yang diperoleh scammer dalam menjalankan kerja scam orang awam ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap pengakuan yang dibuat scammer ini.

https://twitter.com/fydaOthman/status/1511556077887782912

Jika dihitungkan semula  untuk sepanjang tahun, setiap scammer yang terlibat mampu menjana pendapatan sekitar RM1 juta atau lebih. Ini baru sebahagian maklumat yang berjaya dikorek daripada scammer oleh netizen. Kebiasaannya mereka yang kurang cakna mengenai penipuan secara dalam talian atau tidak mahir berkaitan teknologi akan mudah menjadi sasaran penjenayah.

Sebagai peringatan semua, anda perlu menghubungi pihak berkuasa atau berkaitan untuk mendapatkan pengesahan sekiranya menerima panggilan rawak yang menyatakan mereka daripada pihak berkuasa dan sebagainya. Anda juga diminta untuk tidak panik apabila menerima panggilan sebegini dan tidak perlu mengendahkannya.

Pada tahun lalu, satu kajian mendapati bahawa Malaysia tersenarai sebagai sasaran pilihan scammer untuk mengautkan keuntungan.

Mudah Ditipu Menerusi Emel, Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Sasaran Pilihan Scammer

Bahaya Sertai ‘Challenge Add Yours’ Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Sumber