Sudah menjadi satu lumrah buat para artis terkemuka diekori oleh ‘mata-mata’ walau di mana jua mereka berada. Akan tetapi, dengan kemajuan teknologi hari ini tokoh terkemuka juga tidak terlepas dengan situasi sedemikian seperti mana yang dihadapi oleh Elon Musk ketika ini.

Terbaharu, terdapat laporan mengenai seorang remaja bernama Jack Sweeney yang baru sahaja berusia 19 tahun yang kini menuntut di University of Central Florida di mana beliau menerima tawaran $5,000 (~RM20,950) oleh Elon Musk untuk berhenti berkongsi lokasi jet peribadi beliau di Twitter.

https://twitter.com/ElonJet/status/1486471951606599683?s=20&t=g8TjIAjrjPKMWGtvTz37vw

Kisahnya bermula apabila beliau telah mencipta sebuah akaun Twitter khas iaitu @ElonJet yang mengemas kini lokasi jet peribadi Elon Musk lalu dikongsikan menerusi ciapan. Para pengguna boleh melihat serta berkongsi kepada sesiapa sahaja. Hal ini sedikit sebanyak telah menggugat privasi Elon Musk yang mahu bergerak tanpa dikesan.

Perkara ini bagaimanapun hanya boleh dijayakan dengan adanya bantuan bot automasi yang boleh menjejak sebarang pergerakan jet peribadi tokoh terkemuka itu pada setiap masa di serata dunia.

Sumber Gambar: Protocol

Menariknya, Elon Musk sendiri telah menghantar pesananĀ  meminta beliau berhenti berbuat sedemikian serta menawarkan $5,000 (~RM20,950) dalam memastikan lokasi pergerakan jet beliau tidak mudah dikesan orang ramai.

Dalam pada itu, Jack turut membuat penawaran lain pula yang berjumlah $50,000 (~RM209,500) dengan alasan mahu menampung kos pembelajaran di universiti dan juga memungkinkan beliau mampu membeli sebuah Tesla Model 3. Elon Musk dilihat hanya meninggalkan Jack tanpa sebarang respon terhada mesej tersebut selepas itu.

Selain Elon Musk, terdapat tokoh lain yang turut dijejaki oleh beliau seperti Bill Gates dan Jeff Bezos menerusi akaun @GatesJet dan @BezosJet. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan ini tidak menyalahi sisi undang-undang kerana bot tersebut menggunakan data daripada transponder ADS-B pada pesawat dan tidak mendedahkan penumpang sebenar pesawat itu.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan dengan adanya akaun @ElonJets ini membuatkan Jack semakin mahir di dalam pengaturacaraan dan berjaya berkerja separuh masa di UberJets sebagai pembangun aplikasi. Kandungan mesejĀ  terakhir yang ditinggalkan kepada Elon Musk mengatakan beliau lebih senang menerima tawaran internship berbanding wang tersebut.

Bulan ini juga turut menyaksikan seorang remaja berusia 19 tahun mendawa beliau mampu menggodam lebih 25 Tesla dari 13 buah negara.

Baru Sahaja 19 Tahun, Remaja Ini Dakwa Mampu Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dari 13 Buah Negara

Facebok Failkan Saman Terhadap ‘Hacker’ Ukraine Yang Menggodam 178 Juta Data Pengguna

 

 

Sumber