Aplikasi MySejahtera kini hanya sekadar digunakan untuk melihat pengesahan vaksinasi seseorang serta potensi penyakit bergejala. Namun, semua ini akan berubah kerana ia bakal menjadi lebih berguna berbanding sebelum ini.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru sahaja berkongsi berkenaan pembaharuan yang dibawakan oleh MySejahtera menerusi kemas kini terbaru. Menerusinya, ia telah menyertakan sokongan paparan rekod kesihatan seseorang pengguna sekaligus menjadikan MySejahtera sebagai pasport kesihatan rakyat Malaysia.

Beliau juga mengatakan pada masa kelak MySejahtera turut akan menambah dua lagi sokongan pada apikasi tersebut iaitu paparan rekod derma darah dan juga rekod ‘Buku Pink’ iaitu rekod kesihatan ibu dan bayi baru lahir. Hal ini sekaligus memudahkan orang ramai untuk pergi ke mana-mana klinik tanpa terlupa membawa rekod kesihatan fizikal lagi.

Setakat ini, kemas kini MySejahtera baharu telah diperkenalkan untuk platform iOS terlebih dahulu dan dijangka akan menyusul untuk platform Android kelak. Kemas kini MySJ ini juga hadir dengan wajah baharu yang tampak lebih minimalis.

Ikuti berita-berita terhangat berkaitan teknologi yang disajikan oleh pihak editor dengan klik pautan di bawah.

Penggunaan Jenama Kamera Pada Telefon Pintar Hanyalah Sekadar Gimik, Dakwa CEO Honor

Apple Yakin Siri iPhone 14 Akan Lebih Laku Keras Berbanding Siri iPhone 13