Sejak mulai dilancarkan, aplikasi Setel berjaya memberi kemudahan buat orang ramai untuk membuat pembelian minyak di stesen Petronas dengan mudah menerusi pembayaran secara dalam talian.

Penawaran Mesra points dalam aplikasi Setel turut membolehkan pengguna mengumpulkan mata ganjaran dengan mudah bagi penebusan beberapa barangan, baucar serta minyak.

Terbaharu, Setel melebarkan penawaran aplikasi mereka di WatchOS di mana orang ramai berpeluang mengisi minyak semudah dengan menggunakan Apple Watch sahaja.

Penawaran yang ditawarkan dalam memilih nombor pam serta jumlah minyak minyak yang mahu diisi secara tidak langsung membuatkan pengguna tidak lagi memerlukan menggunakan telefon pintar untuk mengaksesnya.

Sekiranya anda memiliki Apple Watch serta mahu menggunakan aplikasi Setel, anda boleh mencubanya dengan klik di sini untuk muat turun.

Kecoh baru-baru ini apabila aplikasi Touch ‘n Go eWallet dilaporkan hilang secara tiba-tiba pada platform App Store.

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Dikesan Hilang Secara Tiba-Tiba Di Platform App Store

WhatsApp Dengan Kemas Kini Terbaru Tampil Lebih Menarik Dengan Ciri Reaksi Emoji