Isu yang sedang hangat dibincangkan di media sosial ketika ini mengenai aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang hilang secara tiba-tiba di platform App Store. Semua pengguna iOS menghadapi perkara yang sama semasa membuat carian aplikasi tersebut buat masa ini.
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet kini dikesan telah pun dikeluarkan senarai oleh Apple daripada platform App Store. Hal ini sekaligus menyebabkan pengguna iPhone baharu tidak dapat memuat turunnya sehinggalah masalah ini diselesaikan.
Aplikasi @MyTouchnGo hilang dari App Store.
Tidak dipastikan sama ada aplikasi tersebut gagal mencapai piawaian Apple atau terdapat isu menyebabkan ia gagal berada di App Store. Saya menunggu jawapan rasmi daripada @MyTouchnGo. pic.twitter.com/OnfUBU8wLy
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) May 7, 2022
Setakat ini, masih belum diketahui sebab disebalik pembatalan penawaran aplikasi tersebut. Tetapi menjadi satu kebiasaan buat pihak Apple untuk mengeluarkan aplikasi tersebut ekoran sesuatu kemaskini baharu yang tidak melepasi piawaian yang ditetapkan.
Apple biasanya membuang aplikasi apabila ia melanggar terma atau pun akaun pembangun tersebut tidak diperbaharui. Bagaimanapun, pengguna yang sudah memasang aplikasi TnG eWallet versi lama masih boleh digunakan seperti sedia kala. Buat masa ini, kita masih menunggu kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut daripada pihak TnG sendiri.
Selain itu, tahukah anda bahawa kredit ePemula RM150 dalam aplikasi TnG eWallet tidak boelh digunakan untuk pembayaran tol dan parkir?
Kredit ePemula RM150 Dalam TnG eWallet Tidak Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Tol Dan Parkir
Bekas Ketua Pengawai Perniagaan Mengaku ‘Menyesal’ Jual WhatsApp Kepada Facebook