Apple telah memperkenalkan sebuah peranti Macbook Pro M1 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri baru pada tahun yang lalu. Penawaran processor Apple M1 yang terkini telah menambahkan lagi tarikan kepada pengguna baru di luar sana untuk merasai pengalaman guna laptop Apple M1 yang terbaru.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna di Facebook Group Mac User iaitu Syah Indra, beliau telah menceritakan pengalaman sepanjang menggunakan Apple Macbook Pro M1 yang baru dibelinya setelah menjadi pengguna tegar Windows sejak 28 tahun yang lalu lagi.

pengalaman guna laptop m1
Sumber Gambar: Facebook

Semua ini bermula apabila beliau membaca pelbagai review positif mengenai model Apple ini di internet yang memuji kemampuan bateri untuk jangka masa panjang. Perkara yang mengejutkan lagi apabila penawaran bateri dan prestasi yang bagus oleh Apple Macbook Pro tersebut dapat menewaskan laptop Windows yang jauh lebih mahal.

Disebabkan laptop di rumah sering digunakan oleh anak, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan sebuah laptop yang lain bagi kegunaan kerja dari rumah. Beliau kemudiannya telah berjaya mendapatkan sebuah Apple Macbook Pro M1 dengan kapasiti storan 512GB walaupun stok sedia ada yang terhad di Sarawak.

pengalaman guna laptop m1
Sumber Gambar: Laptop Mag

Menerusi perkongsian, beliau sangat terpegun dengan jangka hayat bateri sepanjang penggunaan beberapa hari bersama Macbook yang baru dibelinya. Pengecasan penuh buat pertama kalinya sudah mampu membantu beliau menjalankan pelbagai aktiviti berat yang dilakukan tanpa dimatikan dan hanya dilihat penurunan sebanyak 20% sahaja dalam masa 22 jam.

Jangka hayat bateri masih menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada penggunaan yang berikutnya. Pelbagai aktiviti yang dilakukan secara serentak seperti memuat turun pelbagai aplikasi dan memindah data daripada Google Drive ke iCloud. Prestasi pengendalian sekaligus membuktikan cip terbaru boleh beroperasi dengan efisien bagi menampung semua perisian yang dipasang sekaligus.

pengalaman guna laptop m1
Sumber Gambar: Tech Radar

Ujar beliau lagi, tiada sebarang bunyi kipas yang dikesan sepanjang penggunaan walaupun menjalankan pelbagai perisian yang berat dalam satu-satu masa. Namun begitu, beliau mengatakan perkara yang sebaliknya akan berlaku sewaktu menggunakan laptop Windows pada sebelum ini.

Dari segi UI software, beliau masih dalam proses membiasakan diri memandangkan persekitaran ekosistem Apple yang berlainan. Walaupun masih kekok dengan antara muka yang berbeza, ianya tidak menjejaskan proses tugasan seharian.

vocket-tech-laptop-m1-4
Sumber Gambar: theindianexpress

Secara keseluruhannya beliau sangat berpuas hati dengan prestasi serta pengalaman guna Macbook Pro M1 berkenaan. Malahan, beliau turut bercadang menggunakan model ini untuk tempoh yang lama sebelum menaik taraf dengan model yang bakal ditawarkan oleh Apple kelak.

Seperti yang ramai sedia maklum, majoriti laptop yang ditawarkan oleh Apple sangat berkualiti dan mampu beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Jadi, ia merupakan suatu pelaburan yang berbaloi buat anda yang ingin mendapatkan sebuah laptop yang berkuasa tinggi bagi kegunaan kerja seperti Macbook Pro M1.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penawaran Apple Macbook Pro M1 dengan ketahanan bateri sehingga 20 jam dengan klik pautan di bawah.

Apple Perkenalkan Macbook Pro Cip M1 Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 20 Jam

6 Model Baharu Apple Yang Bakal Dilancarkan Sempena 2021

Sumber