Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Aplikasi Setel sememangnya sangat dikenali ramai kerana sejumlah ciri menarik yang ditawarkan seperti pembayaran menggunakan jam pintar Apple Watch, membayar insuran dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Kini Setel sedia menambah ciri baharu untuk memberikan kemudahan kepada para pengguna dalam perihal kenderaan yang dimiliki. Ciri baharu ini dinamakan Auto Assistance di mana pengguna boleh mendapatkan bantuan melibatkan kenderaan.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: Amanz

Menerusi kemas kini terbaru, Setel dilihat berkerjasama dengan pihak Bateriku untuk menambah ciri bantuan baik pulih kereta. Buat masa ini, ciri ini hanya menawarkan kemudahan untuk menggantikan bateri kenderaan atau menggunakan ciri jump-start untuk memulakan kenderaan.

Ciri ini bakal disertakan pada kemas kini terbaharu yang boleh diakses para pengguna kelak.  Pengenalan ciri ini sekaligus mengukuhkan lagi penggunaan aplikasi Setel secara komprehensif oleh pengguna dalam mendapatkan bantuan berkaitan kereta apabila berlaku kecemasan.