Kewujudan pelbagai produk teknologi menyebabkan lebih banyak mitos yang dibuat oleh pengguna dan tidak terkecuali kepada jenama iPhone. Mitos ini sudah lama berkembang dan dipercayai di kalangan pengguna.

Menerusi perkongsian video TikTok @shidiqramli, beliau telah menerangkan beberapa mitos berkaitan iPhone yang masih menjadi kekeliruan. Berikut adalah enam mitos iPhone yang masih dipercayai oleh pengguna sehingga ke hari ini.

1. iPhone perlu dicas lapan jam untuk pengecasan pertama

mitos iphone
Sumber Gambar: 9to5

Pasti anda pernah mendengar nasihat untuk mengecas telefon yang baru dibeli selama lapan jam. Perkara ini tidak benar sama sekali kerana peredaran zaman dan teknologi yang terkini pada peranti. Praktis ini hanya diguna pakai pada peranti terdahulu yang hadir dengan bateri jenis nikel.

Pada masa kini, anda boleh terus menggunakan peranti sebaik sahaja selepas dibeli yang kebiasannya mempunyai bateri sekitar 60%. Peranti pada hari ini hadir dengan jenis bateri Lithium-ion yang merupakan bateri yang terbaik berbanding yang lain. Anda juga boleh mengecas telefon yang baru dibeli sehingga 100% kerana sudah dikira memadai.

Selain itu, anda disyorkan untuk mengecas pada kadar segera apabila paras bateri sudah mencecah bawah 20%. Terdapat juga pandangan mengenai pengecasan perlu dibuat pada paras 40% untuk memanjangkan jangka hayat bateri.

2. Low power mode mampu memudaratkan bateri

vocket-tech-mitos-low-power
Sumber Gambar: Apple Support

Low power mode merupakan sebahagian daripada fungsi yang disediakan melalui kemas kini iOS 9 dan ke atas. Fungsinya adalah meminimumkan penggunaan kuasa telefon serta mematikan fungsi yang berat seperti animasi sistem, Siri, auto download dan lain-lain lagi.

Sebenarnya anda boleh sahaja menggunakan mod ini pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang kesan pada bateri. Prestasi iPhone akan turun dengan ketara disebabkan ingin memanjangkan jangka hidup telefon tersebut. Anda tidak perlu mengaktifkan mod ini sekiranya mahu prestasi sentiasa di tahap yang maksimum.

3. Buang semua aplikasi boleh menjimatkan bateri

vocket-tech-mitos-kills-apps
Sumber Gambar: iOS Gadget Hack

Majoriti pengguna berpendapat membuang semua aplikasi di sebalik sistem operasi boleh menjimatkan namun realitinya bakal menggunakan bateri dengan lebih banyak. Telefon pintar kini sudah semakin pintar dan mampu menguruskan “background apps” secara lebih sistematik.

Melalui laman rasmi Apple Support, Apple menggalakkan pengguna hanya mematikan aplikasi apabila tersekat dan tidak responsif. Jadi, benarlah bahawa mematikan semua aplikasi bukanlah jalan penyelesaian kepada penjimatan bateri.

Sebaiknya aplikasi kegunaan harian dibiarkan pada background supaya pengurusan tenaga lebih efisien sewaktu ingin dibuka. Tindakan mematikan aplikasi yang sedang beroperasi boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang banyak disebabkan prosesnya yang berat sewaktu ingin dihidupkan semula.

4. Cas semalaman mampu memudaratkan bateri

mitos iPhone
Sumber Gambar: komando

Perkara ini sering menjadi pendebatan antara pengguna internet sama ada selamat atau tidak mengecas telefon pintar semalaman. Jawapan kepada persoalan ini adalah tiada sebarang masalah yang akan berlaku. Teknologi telefon pintar pada hari ini mempunyai sistem pengurusan kuasa dan akan mengesan sekiranya bateri sudah dicas penuh. 

Dalam pada itu, pengecasan yang berterusan turut menghasilkan haba yang berlebihan. Oleh itu, anda disarankan untuk tanggal case di iPhone untuk menggurangkan haba yang terperangkap.

Anda juga boleh menggunakan pengecasan berkuasa rendah ekoran penghasilan haba yang sedikit dan jangka masa mengecas yang bersesuaian untuk sampai ke pagi.

5. Update iOS menggunakan WiFi memudaratkan iPhone

vocket-tech-mitos-update
Sumber Gambar: iOS Gadget Hack

Kemaskini iOS menggunakan WiFi tidak akan membahayakan iPhone anda. Tambahan pula, Apple juga hanya membenarkan pengguna memuat turun menggunakan data mudah alih sehingga 200MB sahaja. Mana mungkin anda boleh memuat turun fail yang besar melainkan menggunakan WiFi.

Hal ini agak tidak logik sekiranya mengemas kini pakai WiFi akan membahayakan keadaan iPhone tersebut. WiFi juga dilihat lebih relevan untuk kemas kini berikutan lebih stabil dan tiada had muat turun. Sekiranya terdapat masalah selepas kemas kini menggunakan WiFi, kemungkinan hanya berlaku pada iPhone yang tertentu sahaja.

6. Cas iPhone sampai 100% mampu memudaratkan bateri

vocket-tech-mitos-100
Sumber Gambar: Apple Support

Seperti yang kita sedia maklum bateri pada masa kini sudah semakin pintar dan boleh beroperasi secara sendiri. Bateri iPhone anda tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan pengecasan sepenuhnya. Setiap bateri lithium-ion mempunyai jangka hayat mengikut kitaran cas yang telah ditetapkan.

Di samping itu, telefon akan secara automatiknya menyelaraskan pengecasan kepada trickle charge apabila sudah mencapai pada kadarnya untuk memanjangkan jangka hayat bateri. Apple juga menganggap mengecas sehingga paras 100% bukanlah satu isu yang besar.

Maka, perkara yang normal sekiranya prestasi bateri semakin menurun disebabkan oleh penggunaan dari semasa ke semasa. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya melihat kapasiti bateri terdapat penurunan sewaktu tempoh digunakan.

@shidiqramli_

Ini semua mitos! #iphone #fypシ

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Ini merupakan mitos iPhone yang semua pengguna perlu tahu kebenarannya. Pengguna boleh mengkaji terlebih dahulu informasi yang kurang pasti apabila hanya mendengar dari buah mulut semata-mata. Diharapkan dengan kupasan ini dapat memberikan lebih pemahaman mengenai iPhone yang anda gunakan.

Baca juga mitos iPhone 11 yang pernah menjadi bualan pengguna smartphone suatu ketika dahulu.

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11

‘MagSafe Battery Pack’ Untuk iPhone 12 Dijual Pada Harga RM479, Kapasiti Hanya 1,460mAh